Friday, November 12, 2010

.bila saya dah bosan.

Hai semua!!

Final exam dah habis semalam. Tapi tak balik lagi. Sebab ade hal cikit. Syafiqah plak dah balik petang tadi. Adoii.. Bosannye. So, blog ini la mangsa saya. Haha..

Ade perkara yang saya tak sempat buat sem 1 ni. Nak tau ape? Pergi taman layang-layang. Diaorg cakap tempat tu cantik. Huuu.. Nak pergi.. =(

Lepas tu sebab semangat nak pegi taman layang-layang yang entah tak tahu la bila nak pegi kan, malam 2,3 hari lepas pegi la uptown dengan kawan2, lepas tu jumpe bekas sabun untuk tiup-tiup buih tu. Comel tau. Meh sini tengok meh.

Ye, sayalah oltromen taro!!

Atas penutup bekas sabun buih-buih ni ade wisel. Agak-agak kalau dah bosan sangat duduk dalam bilik, tiup kuat-kuat kacau roomate nak study. Haha.. Kejam kan.

Hari-hari tiup-tiup buih ni, tapi sabun dia tak habis2 pon. Aish, musykil. Sabun magik ke ni? Padahal beli 2 hingget je kat uptown. Hebat ni. Hebat.

Beli color biru sbb biru cantik sgt.
Tengok, mug pon nak biru gak. Hehe..

Biru cantik kan? I'm so addicted with blue color. Tapi, sekarang ni pon dah start suka purple. Nak beli barang-barang color purple banyak2. Hee..

Okey. Nampaknya saya dah merepek sampai dah lari tajuk yang langsung tak de kene mengena dengan cerita di atas. Ah, lantakkan.

Tak lama lagi nak balik umah. Hoyeh! Tapi terpaksa tinggal bebear semua. Huu.. Kesian diaorg lemas dalam plastik hitam nanti.

Ini lah dia peneman-peneman tidur saya. =)

Okey. Dah tak tahu nak merepek apa. Kepada semua kawan-kawan yang sedang bercuti, mahu bercuti atau pun dah nak bercuti, Happy Holiday!

Note: Tak sabar nak dinner dengan kawan-kawan lepas ni. Yummy!

Thursday, November 11, 2010

.suprise!!

Pon! Pon! Pon! Attention! Attention!

Saje2 nak berlagak nak cakap yang final exam saya dah selesai. Hoyeh! Gumbira. Gumbira. Habis je exam terus pegi jalan-jalan. Mengada-ngada kan? Bajet dah free la konon padahal tak sedar diri yang result tak keluar lagi. Mengada-ngada.

Ini gamba mengada-ngada masa mengada-ngada jalan tadi.

Okey2. Dah lari tajuk nampaknye Cik Ika ye. Kembali kepada niat asal blog ini ditulis, actually nak cerita pasal suprise birthday party, tak la party sgt sebenarnye, tapi best! yang kawan2 saya buat masa birthday saya hari tu bulan lepas. Oh, lembab la Ika ni. Dah berzaman baru nak cite.

Oleh kerana tuntutan kerja yang mengalahkan menteri besar, bila dah free ni baru ade masa nak post entry ni. Lagi 1, sebab baru je amek gamba2 ni daripada Syafiqah.

Best sgt tau. Pandai diaorg ni buat trick. Konon nak belanja makan biase2 je. Pastu tibe2 plak nak tutup mata pakai selendang. Memang takut la kan. Mane tau diaorg nak buat perkara-perkara yang dilarang. Haha.. Tiba-tiba..

Jeng! Jeng! Jeng!

"Happy birthday Ikaaa!!", kata mereka.

Waa.. terharu gila. Air mata dah bergenang dah. Ada lilin yang bersusun bentuk IKA. Terima kasih Mardhihah dan Syafiqah!

Now, lets pictures talk!

Lilin susun bentuk IKA.

Birthday girl yang masih perasan muda.
Opss, ade lilin yg terpadam plak.


Comel kan?

Oh, ini lah dia birthday planner kita ye.


Hey, I'm having a great night guys! Thanks a lot!


Dah habis makan, kita main susun2 lilin pulak.


Dari bentuk IKA, kita tukar kepada bentuk love pulak.


Cantik sangat! I love it.

Lepas makan sampai buncit, kita lepak2 sampai tgh malam. Hee..


Terima kasih Mardhihah & Syafiqah!


Note : Kita suka dan gembira bila org menghargai kita. =)

Tuesday, November 9, 2010

.deep in my heart.

Kadang-kadang rase hidup ni macam susah sgt.

Tambah-tambah bila kita dah berusaha tapi tak menjadi.

Lepas tu tak tahu nak buat ape utk jadikan usaha tu menjadi.

Tadi...

Baru je lepas exam Psychosociolinguistic.

Honestly, soalan True/False tu memang tricky gila.

Pusing2 jugak la otak nak menjawab tadi.

Lepas tu... Erk..

Soalan-soalan yang lain... Ermm..

Rasa mcm tak yakin dgn ape yg saya jawab.

Lepas habis exam, tengok plak carry marks a.k.a CAM.

Markah CAM pon mcm tak memberangsangkan je.

Aduh..

Kecewa dalam hati ni Tuhan je la yang tahu.

Saya dah berusaha semampu saya.

Tolonglah jadikan usaha saya berhasil.

Sedihnya.

Ada tak ape2 petua untuk kuatkan daya ingatan?

Note : Rasanye cara & petua terbaik ialah mohon ampun dgn ALLAH atas salah silap kita. Kita manusia biasa. Mesti ada buat salah mane2.

Tuesday, November 2, 2010

.salam sayang.

Salam sayang buat 3 tahun.

Semoga menjadi yang lebih baik.

InsyaALLAH.

Selekeh

Note : Sangat mengharapkan perubahan. Huhu..