Friday, December 31, 2010

.saya yang pelupa.

 Hari ni sebab dah boring sangat, pegi la singgah-singgah blog org. Bila bukak blog dyha, dia ade buat survey yang jie tagged hari tu. 

Haa.. time kaseh dyha sebab secara tak sengaja ingatkan aku. Aku pun dah terlupa yang diri sendiri pun dah kena tagged jugak. Hehe.. Sori jie. Ni nak jawab la ni. =)

Instruction : Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating.


Person who tagged : Nor Najiha a.k.a jie.

Starting time : 4.01 pm.

Name :Ika.
Full name : Nur Afiqah bt Mohd Zulkifli.
Sibling(s) :6.
Eye colour :Black. Melayu sejati tau..tau..
Shoe size : 4 or 5.
Hair :Warna-warni. Lalalalala~
Height : 151cm ke 152cm ek?Ah, pedulik. Jangan percaya.
What are you wearing right now :T-shirt & seluar.
Where do you live : Perak.
Favourite number :2.
Favourite drink :Belasah je air ape-ape pun.
Favourite month :October.
Favourite breakfast :Roti gardenia tambah tuna, tak pun tambah marjerin pastu bakar. Perghh.. Masyukk!


******-Have you ever-******
Broken a bone : Tak.

Been in a police car :Tak jugak.

Fallen for a friend :Siapa-siapa yang cakap tak pernah tu memang tipu la. Hahaha..

Fallen for a guy/girl in a short period of time :Tak kot.

Swam in the ocean :Tak pandai berenang. Ada siapa-siapa nak tolong ajar?
Fallen asleep in school :Mesti la pernah. Pastu buku teks jadi penyelamat. Buat-buat baca buku tapi sebenarnya tgh tidur. Hahaha..
Broken someone's heart :Ya, pernah.
Cried when someone died : Yes.
Sat by the phone all night waiting for someone to call :Selalu je. *dush!
Saved e-mails :Important e-mails only.
Been cheated on : Ya, pernah. Hampeh!
******-What-******
Your room looks like : My room la. Macam ape lagi kan..kan..
What is right beside you : Kerusi dan meja.
What is the last thing you ate : Bakso. Burrpp! Alhamdulillah. Kenyang!

******-Ever Had-******
Chicken pox : Yes.
Sore throat : Mestila pernah. Adoiii... Tanya la soalan relevan sikit. Hehe..
Stitches : Hah? Tak pernah. Tak pernah.
Broken nose : Tak pernah jugak.

******-Do You-******
Believe in love at first sight : Ada ke ek?
Like picnics? : Of course!

******-Who-******
Who did you last yell at? : Beliau.
Who was the last person you danced with? : Tak ingat. Dah berapa lama tak menari la.
Who last made you smile? : Pelakon kat tv. Tengok lakonan dia pastu teringat ragam adik kat rumah. Pastu tersenyum la sorang-sorang. Hehe..

******-Final Questions-******
What are you listening to right now? : Bunyi aircond yang kuat nak mampus. 

What did you do today? : Basuh baju, tengok tv, makan.

Are you the oldest? : Tak. I'm the 3rd.
Indoors or outdoors? : Both!



******-Today did you-******

Talk to someone you like? : Aish, mesti lah!
Kiss anyone? : Hah?
Sing? : Perkara wajib tuu..
Talk to an ex? : Tak!
Miss someone ? : Sangat-sangat.
Eat? : Kan dah tanya tadi. Bakso la!



******-Last person who-******

You talked to on the phone? : En.Hifzan.
Made you cry? : Tak ingat.
Went to the movies with? : No movies.
You went to the mall with? : En.Hifzan.
Who cheered you up? : Siapa ek?



******-Have you-******

Been to Mexico? : Tak pernah. Nak pergi Maldives je. Mexico tak layan!
Been to USA? : Tak jugak.

******-Random-******

Have a crush on someone? : Of course!

What books are you reading right now? : Malay novel.
Best feeling in the world? : Bergurau-senda dengan family. Oh, bestnya!
Future kids name? : Hek eleh. Kahwin pun tak lagi.
Do you sleep with a stuffed animal? : Tak. Tak mesra haiwan pun.
What's under your bed? : Beg baju.
Favourite sport(s) : Badminton!
Favourite place(s) : Tempat-tempat yang mendamaikan. Hehe..
Who do you really hate? : Penipu.
Do you have a job? : Masih pelajar la.
What time is it now? : 4.24pm.
Note : Tgh pikir azam baru untuk New Year. Haha.. 

Thursday, December 30, 2010

.teringat kenangan yang indah-indah.

Hai guys!

Hari tu bosan sangat duduk kat bilik sebab tak de kelas. So, dah alang-alang boring tu, bukak la laptop nak edit-edit gambar ke, tengok-tengok gambar lama ke. Tiba-tiba ternampak satu folder yang dah berkurun simpan dalam laptop.

Nak tau folder tajuk ape? 'PLKN'. Waa.. Syoknye lah ai. Korang dapt pegi PLKN tak? Best tau. Saya dapat kat Kem Etnobotani, Gua Musang Kelantan. Jauh gila dari Perak wa cakap luu.

First week kat sana memang homesick sangat-sangat. Yela, orang tak penah duduk asrama kan. Mana penah jauh dari family. Kan kat dalam kem tak dapat pegang henpon kan, so henpon tu pihak kem yang simpan. Time weekend baru kitaorang dibenarkan guna henpon.

Bila dapat je henpon tu, terus topup pastu telefon ayah. Nangis-nangis. "Ayah, kat sini tak best. Nak balik umah. Uwaaa..". Kesian ayah sebab kena layan anak dia yang mengada-ngada ni.

Tapi, masuk 2nd week duduk kat kem, pergh, best gila! Aktiviti dia memang best. Bangun pagi kul 5.30 pagi, pastu kul 6.30 ade baris, pastu physical training (PT), kelas, kawad kaki, sukan, flying fox, berakit, masuk hutan, aish, macam-macam lagi lah! Memang seronok gila sampai rasa 3 bulan tu kejap je. Yang paling best sebab makan 6 kali sehari. Haha.. Mana la badan tak mengembang.

Penat la nak taip panjang-panjang. Mari tengok gambar saya zaman muda-muda dulu. Hehe.. Mari Mari.

1,2,3,4.. Saya yang no 4 tuu.. 


Dalam kelas modul ape ntah. Lupa sudaa..


Cik Ika di sebelah kanan anda ye.


Time sukan.


Nama kompeni saya, Ranger. Go, go, Ranger!


Waktu gotong-royong. Saya yang sebelah kanan tu. Hehe..


Hari keluarga. Gelap sungguh kulit budak yang tak pakai spek ni. Ish..ish..ish..


Flying fox!


Muka excited gila lepas habis buat flying fox.


Menembak guna M-16. Best gila.


My chinese-dormmate. Sally.


Oh, rindunya kat dormmates saya ni. Huhu..

Panjang je entry kali ni. Hehe.. Okey. Sekian. =)

Note : Frienship tak pernah putus even dah habis PLKN. Still contact and jumpa kawan-kawan yang rapat. Miss them!


Tuesday, December 28, 2010

.dengki-mendengki sifat manusia.

Hai semua!

Saya nak tanaya korang la. Korang pernah tak jumpa sikap-sikap manusia yang korang rasa macam menyampah gila tahap babun yang tak pernah mandi? Dan kadar per-menyampah-an korang memang dah takat didih air dah?

Penah? Bagus. Kalau tak pernah, lagi bagus, bagus, bagus. Itu maknanya korang dikelilingi manusia-manusia yang bagus, baik, dan tak menyakitkan hati.

Ada jenis-jenis manusia yang kat muka bumi ni, jenis perangai dia tak boleh tangok org lebih dari dia. Mesti nak compete. Ala-ala macam, "Kalau kau ada, aku pun mesti ada".

Aahh, seriously gila annoying tahap cipan la dengan orang macam ni. Orang macam ni jenis mendengki tak kira masa. Baik dari barang-barang murah, kecik, sampai ke barang yang mahal-mahal dan branded.

Asal nampak je siapa-siapa beli barang baru, tak lama tu, mesti nak beli jugak. Lepas tu sibuk cerita pasal barang-barang tu. Apa la nak jadi dengan manusia macam ni kan. Rasanya tak patut la nak rasa macam nak compete dgn orang lain.

Tak rasa macam malukan diri sendiri ke? Kalau sikit-sikit tu rasanya orang ingat itu semua kebetulan. Tapi kalau dah setiap kali jadi macam tu, rasanya orang akan perasan dan sekaligus perasaan menyampah tu akan muncul dengan tidak semena-menanya.

So, kesimpulannya. Kalau korang jumpa orang yang macam ni, walaupun rasa macam meluat sangat-sangat, buat tak tahu je. Buat-buat bodo & tak payah rajin nak melayan.

Sekian.

Nasib baik ada jugak masa-masa yang menggembirakan.
Terima kasih kepada pihak penaja. =)

Note : Kita kena sabar & cool bila ada sesetangah manusia yang cuba merosakkan kebahagiaan.


Friday, December 24, 2010

.tagged by jie.

 Hoyeh. Hoyeh. Dapat tag dari jie la. Mari. Mari. Tengok. Dah jawab dah.

1)Apa benda paling penting dalam hidup anda?
Benda? Duit kot. Ha, betul. Duit. Duit. Oh, duit, kau lah cinta hati beta.

2)Benda terakhir yang korang beli pakai duit sendiri?
Shawl color merah terang! Haha..

3)Di mana tempat korang nak melangsungkan perkahwinan & apa tema perkahwinan korang?
Kat rumah la. Baru best. Ada feel cikit. Tema ye? 5,6 tahun nanti la pikir dgn bakal suami.  Hehe..

4)Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Katakan 'ya' pada soalan di atas.

5)Berapa lama lagi korang akan mencintai kekasih korang?
Lama-lama lagi lah. InsyaALLAH. Mudah-mudahan berkekalan. Gatal nya anak dara ni. *dush!

6)Novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
Sebijik, eh, sebuah atau senaskah novel yang tak ingat apa tajuknya sebab tak baca pun lagi.

7)Antara mak ayah korang, mana korang lebih mesra?
Saya sayang mak & ayah saya. Soalan dah terjawab kan?

8)Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang.
Mak, ayah, adik-beradik. Oh, oh, sangat homesick. Huhu.. Lagi, En.askar. Okey.

9)Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Of course bebeh!

10)Di manakah tempat yang korang btol2 nak pergi?
Maldives! Aaahhh, sangat jatuh cinta dengan tempat tu!

11)Pilih salah satu, peluk atau cium?
Dua-dua! Tak kira, nak dua-dua jugak!

12)Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda.
-Jie ni comel.
-Nampak macam garang je, tapi sebenarnya tak pun. Nice je. Hehe..
-She's my classmate.

13)Benda yang paling korang sayang dalam hidup korang?
Benda = yang beli dgn duit sendiri. Orang = my family.

14)5 lagu yang korang suka & selalu dengar.
-Alamak, banyak sangat dengar lagu sampai dah tak tahu yang mana yang saya paling suka.

15) 5 blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini.
- http://moon-sagitt.blogspot.com/

Note : 2,3 hari ni busy sgt sebab next week ada AGM SENDI club. Penat. 

Tuesday, December 21, 2010

.rantai-rantai kunci ku.

Hai everybody!

Korang semua penah tak ada barang yang agak-banyak sampai dah tak tahu nak buat ape? Penah ek? Kalau ladies mestilah masalah baju terlampau banyak sampai tak muat almari, kasut terlebih-lebih sampai nak kena tambah rak. Kan? Kan? Mengaku je la. Tak payah tipu. Dosa tau.

Sekarang ni pulak saya terlebih ada rantai kunci atau nama sebenarnya key chain yang agak banyak tapi tak ada la banyak mana pun sampai dah pening-pening nak sangkut kat mana la pulak menda alah tu.

Key chain ni semua hadiah dari orang yang tersayang, encik askar & jugak my roomate, cik Syafiqah. Ada 6 semuanya. 5 dari encik tu, 1 pulak dari Syafiqah. Mari-mari. Tengok key chain saya.

Yang ni beliau beli kat Melaka. Time dia tgh praktical hari tu.


Lepas habis 6 bulan praktical, ni antara souvenir dari Melaka jugak.


Sekali dpt 4 terus. Perli ape?


Sangkut kat kunci bilik.

Yang ini dari Syafiqah. Souvenir dari Cameron Highland.
Dapat je, terus sangkut kat pendrive. =)

Key chain yang lain-lain tu selain daripada sangkut kat pendrive, kunci & pencil case, dah tak tahu nak letak kat mane dah. Last-last simpan je elok-elok dalam kotak. Ape-ape pun, terima kasih kepada pemberi-pemberi keychain ni. I love it!

Note : Harga & brand sesuatu barang tu tak penting, tapi value kasih sayang tu yang paling important. =)

Saturday, December 18, 2010

.awal-awal sem yang sungguh membosankan.

Hai there!

Rasa mcm kejap je. Tup-tup dah 1st week untuk sem 2 ni. As usual, awal2 sem ni memang tak de assignment, exam, test, quizzes, or whatsoever. So, memang BORING teramat sangat.

Kalau nak tido, takut ter-over la pulak kan. Badan pun boleh jadi ter-over jugak. Haa.. Amek kau nyah. Tak nak mak. Cukup-cukup la ni. Haha. *dush!

So, ape lagi. Bermulalah hobi saya di masa lapang. Baca novel! Yuhuu.. Nak beli buku memang mcm agak-sedikit-kedekut la kan. Jadi, ape lagi. Bermastautin la saya dlm library yg sejuk nak mati tu. Fuh, nasib baik tak mati kesejukan.

Inilah hasil tangkapan lepas tangan jadi kecut2 dlm library tuh.
1, 2, 3, 4..tak sabar nak habiskan baca. Hee~


Novel ni pulak pinjam from my classmate.
Malas nak rotate. Sila sengetkan kepala.

Okey. 2 novel dah settle. Tinggal lagi 3 je. Nak sambung berimaginasi. Tata!

Note : Kalau buku Linguistics ke, Phonology ke, tak pulak beria nak menghadap. *dush.

Wednesday, December 15, 2010

.ho ho ho holiday!!

Hai kawan-kawan!

Oh, lame sungguh rasenye tak meng-update blog kesayangan ni. As usual la kan, bila cuti sem, diri ini ingin menjauhkan diri dari dunia luar yg penuh dgn kebahagiaan palsu. Haha.. Merepek.

Sesungguhnya, jari-jemari pendek ini malas untuk menaip butir-butir lengkap mengenai aktiviti cuti masa lalu. Sebab tak pegi jauh mane pon. Pegi mandi pantai je dengan kawan2 rapat saya yang mmg TERBAIK. Ewaaahh!

Mari kawan-kawan ku sekalian. Kita tengok gambar-gambar yg bakal menceritakan segala-galanya. Kadang-kadang best jugak tulis skema kan. Hee.. Ayuh semua!

Mandi laut seronok. Boleh korek2 pasir, pastu tanam manusia. Haha..


Setelah selesai aktiviti mengorek & menanam.


Sila ambil perhatian. Budak takut air dah berani mandi laut. Ceewaah!

Jangan perli2 okey. Sebenarnya mandi tepi2 ni sbb kami nak ambik gambar. Kalau mandi yang betul2, pegi jauuhhh ke tengah laut tau..tau..


1, 2, 3,..lompat!

Inilah kawan2 yang memang the BEST. 


Pemandangan kat Marina Island. Subhanallah. Indah kan ciptaan ALLAh?


Lepas mandi-manda, kita photoshoot pulak. =)


Ecececeh!

1, 2, 3,..lompat lagi!


Dan lompat lagi, lagi, dan lagi! Yuhuuu!


Dan sekian, akhir kata dari tuan punya blog, "bercutilah sepuasnya". Hee..

Note : Sekarang masa untuk belajar pulak. Happy busy-ing kawan2!