Thursday, December 22, 2011

.dissapointed!.

I wish I could make it. Pergi majlis tunang kawan baik aku. Dah kenal start dari sekolah rendah, dari zaman berhingus, rambut serabai sampai la zaman dah reti mekap, dah tak layan tudung bawal tapi belit2 shawl satu kepala.

Memang nak pergi sangat-sangat. Tapi sebab busy gila nak final exam, I can't make it. Sedih. =(

Then, nak jumpe my younger brother before dia pergi plkn 1/1/2012 ni. Tapi tak dapat jugak. Sedih la. Plkn tu 3 bulan, lama kot. Nanti mesti rindu kat budak yg perasan gemok tu. Padahal badan kurus keding.

Pastu sibuk nak shape rambut konon2 nak nampak stail, nak jaga makan tak nak bagi gemok, tak nak makan makanan berlemak la konon. Padahal apa yang aku masak dia hentam tak ingat dunia jugak. Ceh.

Serius rindu gila nak balik rumah. Tapi dah busy nak buat macam mane. Mak pun cakap, kalau busy sangat tak payah balik. Nanti badan penat. Perak tu bukannye dekat. Okey, fine. #nangis.


Sekian.

Note : Serabut gila baban. Sorry dear if I can't make it. =(

Thursday, December 15, 2011

.thursday.

Just found this super duper very nice, nicer, nicest picture on the web. ^_^

It happens when the guy keep asking you silly questions to make sure you're doing fine yet still asking ur opinions about his life decisions. ^_^


Note : Life is about up and down. =)

Wednesday, December 14, 2011

.muzium negara.

Hai semua!!!

Hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku pergi muzium negara. Okey, aku tau, aku tau, korang cakap aku lame gila sebab baru nak jejak kaki kat sana padahal org lain dah berzaman dah sampai.

Well, aku bukan org KL mahupun selangor, aku org perak. Jadi haruslah aku baru sampai kan? Muahaha. Alasan kurang logik di situ.
Alkisahnya, hari tu dalam kelas, ade lecturer aku tanye, ade sape2 tak yg pernah tengok meriam? Aku pun dengan bangganye angkat tangan. Time tu ada gak la 2,3 org pun angkat tangan jugak.

Pastu lecturer aku tanya lagi, "okey, how it looks like?". Hah? Macam mane? Macam meriam la. kan?  tapi sebenarnya meriam tu macam mane? Aku pernah tengok dalam gambar je. Live tak pernah la. Huu. Dan aku blur. 

Pastu dia suruh lagi angkat tangan untuk sape sape yg pernah tengok meriam. Then aku tak angkat tangan dah. Surrender. Sebab aku tak tau camne nak explain pasal meriam tu. Haha. Loser kan.

Dan bila aku menceritakan kekecewaan aku yang jadi budak loser sebab tak pernah tengok meriam,  sambil menggelakkan aku dgn kejamnye, en.mzh ajak pergi muzium negara. Kat sana banyak meriam katanye. Yeayyyy!!

Dan kat bawah ni gambar-gambar aku kat sana. Have fun scrolling! =)

Ini lah meriam in case kalau korang tak kenal. hahaha. *pang.


Tempat peraduan dalam istana.



Istana 1

Replika kapal karam.

Replika kapal yang tak karam. haha.

Lupe la. ape ntah nama benda ni. Tapi yg dari zaman dulu2 la. Dah berkarat semua.
Orang zaman purba. Patung je, tapi macam real. Nice!

Kat belakang tu baju pameran dari Raflesia. Yang harga juta-juta,ribu-ribu tuu.


Nice view.
Thanks love.

Basikal tentera jepun.



Yeay! Meriam lagi. haha.

Okey, semua! Jangan lupa datang Muzium Negara tau!

Sebenarnya banyak lagi gambar. Dekat 200 keping jugak la. Tapi macam mengada la kan nak tempek semua kat sini. So, itu aje la yang aku mampu upload. 

So, guys, jangan lupa datang kat sini okey. Cantik gila tempat ni. Serius. Tak tipu. Hehe. 

Sekian.



p/s : Rasa happy bila buat benda yang kita ikhlas nak buat.

Saturday, November 26, 2011

.done!.

Hai semuaa!!!

Finally, berakhir sudah 2 minggu yang sangat menyeksakan bagi aku. Dua minggu yang hectic gila. Ada mid term exam, nak kena submit lesson plan, nak kena buat instructional aids, nak kena prepare untuk microteaching, study untuk quiz, meetings yang berlarutan, program dengan budak2 sekolah. 

Fuhh, penat gila tau tak. Masa tidur memang berterabur la. Eyebag tak payah cakap la. Dari jauh orang boleh nampak. Sebab tu sekarang ni aku gigih jugak pakai eyeliner pergi kelas. At least boleh tutup sikit eyebag aku. Tapi tutup sikit je la. Huhu.

And I'm glad now it's over. Tapi tak de la sampai aku tak ade assignment langsung, tapi berkurang la. At least petang-petang boleh la tido kejap. Kalau tak, nak tido pun pikir 2, 3 kali. Takut tak sempat siapkan assignment, takut tak sempat study. Fuh, fuh. Tak tenang hidup.


Tapi my mum pesan, jangan tension sangat, kena tenang je. Pastu jangan nangis. Buat kerja elok-elok.  Doa banyak-banyak. Mak sentiasa doa dari jauh. Huhu. Okey. Tak tension, tak nangis dah. Thank you mum! Miss all of you sooo much. 

Lega sikit rasenye bila banyak benda dah settle. Boleh la bermalas-malasan sambil tengok movie lepas ni. Haha. Sukeeee!

Note : I miss you too. =)

Monday, November 14, 2011

.malang bertimpa-timpa.

Hai semuaa!!!

Kalau korang tengok tajuk kat atas tu konpem-konpem la aku nak cite pasal cite sedih aka malang kan. Benda ni jadi semalam, on my way back to UIA.

Oleh sebab kemalasan terlampau, aku decide beli tiket bas petang untuk balik UIA. Biasa balik pagi-pagi, tapi sebab isnin tak de kelas, nak la ngade2 sikit balik lambat.


Al kisahnya, lepas cousin aku hantar aku pergi stesen bas, aku pun tunggu la bas sorang-sorang kat situ. Rasa macam diri ni terpinggir sebab selama ni mak dgn ayah ada temankan sampai bas datang. Tapi semalam tak dapat nak teman. Okey, time ni aku dah rasa cam down je.


Bile bas datang, cepat-cepat masuk dalam bas dan dalam aku nak pergi kat seat aku kat bahagian belakang bas tu, aku dengar bunyi kain tercarik. Then aku tersekat, tak boleh jalan. Bila aku tengok je kat bawah, MasyaALLAH! Baju aku koyakkkk! Tersangkut kat handle seat bas tu. Arghhhh! Baju tu favourite aku kot. So, terpaksa la aku teruskan perjalanan dengan pakai baju koyak. Besar gila plak tu koyaknye. Gile ah. Tak pasal-pasal plak aku balik Gombak pakai baju koyak. Malu gile kottt.

Then pastu sepatutnye bas aku stop kat KL Sentral. So, dari situ senang la aku naik lrt terus sampai Gombak. Tapi apehal plak tiba-tiba pakcik bas tu terus je drive sampai Pudu. Hahh?? Time tu aku memang bengang tahap gaban la, gila apa kau nak kena nak tren sampai 2 trip plak. Plaza Rakyat ---> Masjid Jamek, then tukar lrt Masjid Jamek ---> Gombak. Hoiii, beg aku banyak kot. Dengan beg roda segala. Memang time tu aku stress gila la.

Sampai je kat stesen bas pudu, terus carik toilet. Then, masuk je toilet terus nangis-nangis. Okey, fine. Aku memang senang je nak nangis. Even untuk benda-benda simple macam ni. Lepas basuh muka semua pun aku dok nangis lagi. Aishh, air mata ni senang betul nak kuar. Ape la malang nasib aku semalam.

Then sampai je UIA, rasa macaam nak pengsa. Penat wooo. Pastu nak kena finalize assignment sebab nak kena hantar hari ni. Kena stay up la plak. Haissshhh!

Pastu encik cinta plak bagi news yang kurang menggembirakan. Okey air mata, it's time for you. Again. Uwaaaaa! Ape la nasib. =(

Dan sekian saja cerita malang aku. Bila ingat-ingat balik, rasa macam bangga pulak sebab aku dah berjaya harungi satu hari yang malang dengan tabah. Haha. 'Tabah' la sangatttt.

Note: Sabar itu indah.


Thursday, November 3, 2011

.wow, hati berbunge-bungeee.



 HAPPY 4TH ANNIVERSARY,

SPECIAL TO MR.MZH


Note : I'm here waiting for you. =)

Thursday, June 30, 2011

.semua dalam satu.

Haiii!!!


Yes! Yes! Yes! Exam dah habis. Dan sekarang masa untuk movies marathon okey. Lepas tu packing baju dan bercutiiiiiii! Haha. Gedik gile okey. Most of my roomates dah balik (padahal roomates 4 orang je kan) so rasa macam agak bosan la duduk dalam bilik tanpa apa-apa motif.

Totty plak dah bagi kat my friend mintak tolong dia jaga. Kesian pulak nak bawak budak comel tu naik bas. Lemas dia kang. Sedih jugak la nak berpisah dengan Totty, tapi nak buat macam mana. I had to. Huhu.


Masa 1st day dapat Totty. Thanks love!


Then, I did a lot of thinking, then I decided to let go of the past. Bak kata orang, let bygone be bygone. Semua orang ada kekurangan masing-masing, so why don't we just forgive them je kan. Aku pun banyak kekurangan jugak, so rasenye macam tak adil nak menghukum orang lain. Cuma harapnye, tak jadi lagi la lepas ni.


Senyum, tak perlu kata apa apa, senyum. Haha.


Aik, tadi rasenye macam banyak nak cerita tapi tiba-tiba dah tak tahu nak cerita ape. Huhu. Dan tiba-tiba rasa macam sebak je, rase rinduuu je. Haiyaaa.


Gambar ni tak de caption.


Okey, enough merepek. Kang makin melalut, makin banyak plak benda yang tak sepatutnye ditulis, tiba-tiba tertaip pulak kat sini. Haha. Selamat bercuti untuk yang bercuti, selamat belajar untuk yang tak cuti lagi, selamat berkerja untuk semua pekerja, dan selamat berbahagia ye anda semua. Haha.

Sekian.

Note : Sedih wooo. Gembira pun ade, tapi sedih jugak.

Monday, June 27, 2011

.it's just a word.

Mood sekarang,



BENGANG





Thursday, June 23, 2011

Tuesday, June 21, 2011

.on progress.

Haiiii!



Sekarang tengah dalam proses belajar main gitar. Ye, aku tak reti main. Baru pandai petik code yang mudah-mudah je. Susah gila kot nak main benda alah ni. Habis kebas jari aku. Fuh.

So, semoga aku tak lampi sangat dan cepat habiskan pembelajaran. Sebab kang takut plak sifu aku tu fed up dengan aku. Haha. So, lepas ni boleh la kalau korang nak tuju lagu ek. Haha. Pang! Bajet bagus je minah ni.

Sekian.

Note : Sakit-sakit badan. Huhu.

Wednesday, June 8, 2011

.hometown.

Haiii!!!

Happy Wednesday everyone! Fuh, fuh, seronoknye bila kelas cancel. Haha. Actually, I'm just come back from Kelantan. Yes, a-long-time-no-visit-hometown. Even I'm not fully understand their slang, but it was a blast to be a part of them, gained new experienced and the most important I'm glad that we're easily get along with each other.

Mula-mula sampai rumah makcik aku, rasa janggal sikit sebab tak berapa nak paham diaorang cakap apa. Tapi dah sehari dua, dah pandai kecek klate dengan makcik kat kedai runcit wa cakap luu. Hebat kan? Haha.

Bila pergi tempat orang, kita baru tahu yang lain tempat, lain adat budaya. Tak payah la nak cerita kat sini sebab kang panjang melalut pulak kan. Tapi serius sangat best. Best gila. Kebetulan belakang rumah makcik aku ada sungai. Pergh, sampai kecut berendam. Bak kata cousin aku, badan dah kecut tu, boleh la pergi timbang berat badan. Mana tau kot-kot berat tu turun. Haha. You wish. =P

Memandangkan family aku balik kampung sebab ada kenduri kahwin, kewujudan kamera sangatlah penting. Ya, memang aku bawak balik kamera tapi baru ambik 5,6 keping gambar, tett tett, bateri habis. Dan aku lupa bawak charger. Ya, aku tau aku loser. Korang tak payah cakap banyak kali.

Kamera adik aku penyelamat sebab adik aku tak loser dan dia bawak charger kamera. Tapi aku tak bawak laptop mahupun pendrive untuk ambik semua gambar-gambar dari kamera tu. Okey, double loser.

So, no pictures la dalam entry ni. Nak tunggu aku balik Perak pergi ambik gambar tu kat adik aku memang tak de la derr. Larat plak kan aku nak meredah 4 jam semata-mata sebab gambar. Dan adik aku tak de fesbuk, so kebarangkalian nak ambik gambar kat fesbuk sangat tipis. Okey, triple loser.

Anyway, my big family over there were great! Miss you guys. =)

Sekian.

Note : Next week mid term exam. Aiyoo.

Wednesday, June 1, 2011

.taman orkid.

Haiii!!!


Cerita taman orkid ni dah lama posponed ni. Dari minggu lepas lagi. Oleh sebab busy sangat, so tak ada masa la nak cerita panjang-panjang. Sekarang pun tak berapa nak rajin tapi gedik-gedik nak menaip gak. Okey, cerita bermula. Jeng. Jeng. Jeng.*sila suspen.

Bulan 5 tahun 2011, eh, bagi tau bulan je la sebab aku dah lupa tarikh aku pergi sana. Haha. Taman Orkid ni dekat dekat dengan Taman Burung yang aku pergi dulu. Area kat Lake Garden jugak.

Mula-mula niat asal nak pergi Taman Rama-Rama, sebab dah kempunan nak pergi sana tapi tak sampai2 lagi. Tapi oleh sebab masa tu baru lepas hujan, makcik kaunter tiket tu cakap banyak rama-rama yang tak nak terbang.

So, daripada duit terbang melayang tak dapat tengok rama-rama terbang, baik tukar plan cepat-cepat. So akhirnya decide nak pergi Taman Orkid plak. Serius cantik gila tempat tu. Tenang je rasa. Sampai aku sempat tertidur atas kerusi lagi. Siap mimpi plak tu. Haha.


Entrace taman ni..






















Okey. Enough. Kang korang muntah plak tengok gambar banyak-banyak ni. Tempat ni sangat best, so korang jangan lupa datang tau. Kita orang Malaysia, rugi kalau tak tour kat negara sendiri. Hehe. =)

Sekian.


Note : Missing somebody.

Saturday, May 28, 2011

.it's your birthday.

Yes, today is the day.

When I need an ear,
You are always there.

When I need a hug,
Your arms are there for me.

When I need strength,
Your love is there for me.

Today is your special day,
And I am here for you.

To share and celebrate
The real happiness and joy.

Happy Birthday to you.






Note : I'm tired of thinking.

Tuesday, May 24, 2011

.day by day.

 1300 days.


We are all a little weird and life's a little weird. And when we found someone whose weirdness is compatible with ours, we join up with them and fall in mutual weirdness and call it love.



Note : I'm glad I choose you as my super-duper-bestfriend. =)

Monday, May 23, 2011

.tak ada mood laaaa.

Haiii!!!

Gila pemalas aku nak menaip kat sini. Tapi rasa macam nak cerita, tapi rasa macam malas. Hah, macam mana tu?

Tapi serius boring gila duduk kat bilik masa weekend. Tak tahu nak buat apa. Orang lain semua dok dating la, outing la, shopping la. Haish, jeles nyaaah! Tak pe. Saboo. Saboo.

Eh, anyway, terima kasih daun keladi untuk encik yang dapat cuti dan dapat meluangkan masa untuk budak perempuan senget yang selalu jadi bahan kutukan anda ni ye. Toink. Toink. Auuuwww. Paaangg! Apsal gatal sangat ni weh.


Ada assignment tapi serius susah gila and sangat confius tak berapa sure macam mana nak buat tapi aku hentam je. Haha. Lepas tu nak kena prepare untuk presentation pulak. Yang ini tak boleh hentam sebab kang nampak sangat menipu masa cakap kat depan kelas kang.

Ni next time cerita la ek.

Okey. Sebab tajuk entry pun tak ada mood, so aku dah tak ada mood nak taip lagi da.

Sekian.

Note : Berusaha. Yeah!

Wednesday, May 18, 2011

.roller blade.

Haiii!!!
First thing first, nak ucap Happy Teacher's Day kat semua cikgu kat Malaysia ni. Dan untuk semua bakal-bakal cikgu, Happy Teacher's-to-be Day. Hehe. (I hope it's not to late.)


Then, nak tanya korang. Penah main roller blade tak? Hebat tak korang? Serius nak cakap, best gila kan main benda alah ni. Pada siapa siapa yang tak try lagi, sila la pergi cuba okey. Syoooook gila! Rasa macam tak nak stop.

Nampak macam pro kan? *paaanggg!

 Tapi kalau korang masih amatur macam aku ni, baik bersedia dari segi mental, fizikal, rohani mahupun jasmani untuk jatuh gedebuk gedebuk dan gedebuk lagi dan lepas tu bersedia pulak untuk sakit-sakit dan lebam-lebam pada seluruh badan beberapa hari berikutnye. Anda bersedia. Silakan.


Nak masuk tempat ni tak mahal sangat pun, sekali je bayar lepas tu korang main la satu hari. Hari tu aku main sampai 3 jam. Sejam pertama tak payah cakap la, nak balance badan memang payah gila, lepas tu asyik jatuh je. Jatuh terlentang, tersembam, semua ada. Sakit gila badan.

Tapi lepas tu, dah reti dah macam mana nak control benda alah roda-roda tu. Then, baru boleh main puas-puas. Smooth je bawak kasut roda tu. Rasa macam pro je. Haha.

Ini lah budak yg bertanggungjawab bawak aku kat tempat ni.
Thanks to her. =)

So, pada siapa-siapa yang suka cuba benda-benda baru, here it's the right place. Datang, jangan tak datang tau. Hehe.

Sekian.

Note : I'm worried.

Saturday, May 14, 2011

.cabaran.

Haiii!!!
Petang tadi baru je habis Program Dynamic Mentoring 3 anjuran Kelab Sendi. Kelab Sendi ni mentoring-based club. So, kami semua kena jadi mentor untuk adik-adik sekolah rendah. Ajar diaorang pasal sahsiah, bagi motivasi sikit-sikit and include jugak pasal pembelajaran.

Seriusly memang penat gila tadi even program ni setengah hari je. Tak macam DM 1 & 2, saya jadik mentor untuk adik-adik comel ni. Tapi this time kena jadik committee untuk catering. Banyak sangat cabaran-cabaran bila jadi Biro Catering ni. Pada siapa siapa yang pernah jadi Biro ni, rasenye korang pun setuju kot.

Jom kita senaraikan apa yang mencabar sangat bila jadik Biro Catering ni.
  1. Semua orang request nak makanan sedap-sedap tapi  budget ciput je. Bila makanan tu ala kadar je, mula la ada je yang nak complain. Masa ni nampak sangat macam Catering tak buat kerja sungguh-sungguh. Kalau nak makan sedap-sedap, sila la tolong cari sponsor. Masa tu kalau nak makan macam ala carte pun boleh tau.

  2. Masa orang lain tengah syok buat program dalam dewan, kita bertungkus lumus kat luar susun makanan, air, cawan, sekali dengan makanan VIP. Berpeluh-peluh angkut bekas air, angkut berbungkus-bungkus nasi, set up meja VIP dengan pantas nye. Orang lain sedap-sedap duduk dalam aircornd, kita kat luar peluh kat ketiak tak payah nak cakap la kan, kalau boleh perah, dah satu besen agak nye.

  3. Makanan untuk VIP nak kena gempak. Nak sedap-sedap. Meja pun nak kena kemas. Mesti nampak perfect. Tapi ada jugak VIP yang tak nak makan pun. Masa tu rasa macam panas jugak la, tapi nak buat macam mana, tak kan nak paksa pulak kan. Sabo je laa.

  4. Bila tempah makanan macam ayam masak merah, masa tu budak-budak complain makanan tu pedas. Masa ni nampak lagi macam catering yang salah. Yelaa, makanan mana boleh terkurang sedap sikit pun. Nanti ada perut yang tak dapat terima. Kalau pedas sangat, ada yang tak boleh makan. Kalau tak pedas pulak, ada pulak yang rasa macam makanan tu tak 'berasa' sangat. Sabar. Sabar.

  5. Last sekali, bila program dah habis dan semua orang sibuk nak balik, kita still tak siap lagi kerja. Nak susun balik pinggan, cawan, mangkuk, sekali nak kemas meja lagi. Sisa-sisa makanan tu pulak nak kena buang elok-elok, jangan bagi berselerak. Meja nak kena kemas, kalau ada air tertumpah atas meja, kena lap balik bagi bersih. Kalau budak-budak yang bagi tumpah air atau makanan tak pe la, boleh terima lagi. tapi kalau akak abang yang dah tua tu bagi tumpah tapi tak reti nak lap balik tu apa cerita?
Actually, kalau jadi biro apa pun, mesti akan ada cabaran nye, cuma berbeza je. Tapi sebenar nye benda macam ni la yang bagus. Kita ada pengalaman melayan kerenah macam-macam orang, berusaha untuk puaskan hati semua orang, dan yang paling penting, relationship kita dengan kawan-kawan become stronger sebab masing-masing saling bantu siapa yang tengah susah.

And for me, rasa bersyukur sangat tadi dapat partner Catering yang sangat helpful, dan ada jugak committee yang tak ada kaitan dengan Catering pun tolong bantu dari mula sampai habis. Serius rasa bertuah sangat dapat committee macam diaorang. Thanks korang. =)

Sekian.
Note : Penat sangaaaaaaaat.

Thursday, May 12, 2011

.rindu - part 2.

 Morning!!!!

Oleh sebab aku bangun awal hari ni, eh, kul 10.30 pagi tu kira awal kan?, saja saja je start entry dengan wish morning. Kira-kira nak berlagak la berjaya bangun pagi. Sebab biasa bangun-bangun tidur je, matahari dah tegak atas kepala. Memang tak merasa pagi la macam tu.

Entry kali ni nak upload gambar je suruh korang tengok sampai meluat. Haha. Semua gambar-gambar insan -insan tersayang dan tercinta yang dah bagi aku penyakit rindu ni. Jom layan.


Mula-mula kena gambar sendiri dulu. Haha.
Masa ni pergi tengok sunset kat laut dekat dgn rumah.

Budak berdua yang seronok sangat kalau dapat pergi laut.


 Budak manja ni. Ish3.


Adik lelaki yang dah nak SPM tapi aku selalu ingat dia ni kecik lagi. Haha.

Rindunye kat masakan mak. Ni yang tiba-tiba rasa lapar ni. Huhu.



 Anak lagi tinggi dari ayah. Apasal la korang ni tinggi melangit. Tak paham aku.


Main air dengan sepupu sepapat sedara lain mak lain ayah.


Syooooook sangat!

Malas dah nak upload. Penat menunggu je. Sampai tak mandi-mandi lagi sampai sekarang. Hehe. Dah. Dah. Jom mandi.

Sekian.

Note : Rindu kat awak jugak. Hehe.

Wednesday, May 11, 2011

.rinduuuuuuuuu.

Haiiiii!!!

Short sem dah start. Serius memang rindu gila nak balik rumah. Cuti 3 minggu mana cukup brader. Tapi cukup la kalau kalau nak tambahkan berat badan dengan adanya masakan masakan superb mak mak kita. Hehe..

Rasa rasanye berat dah tambah 2,3 kilo dah ni. Kang kalau tak makan makanan kat rumah kang mengigau plak bila balik UIA. So, baik hentam cukup cukup sementara cuti masih ada. Heeee~

Anyway, apa apa pun rindu sangat kat mak, ayah, kakak, abang, and adik-adik. Even diaorang bukan selalu ada kat rumah pun. Si budak-budak 2 org yang nak SPM and UPSR tu sibuk tusyen je memanjang. Yang sorang tu lagi suka sangat balik lambat dari sekolah. Apa yang korang suka sangat kat sekolah tu tak tahu la.

Nasib baik la kerajaan bagi cuti Sabtu Ahad. Ada la jugak masa nak bergumbira, bertendang bertepuk tampar dengan korang. Tapi itu pun cikgu korang nak buat tusyen jugak. Pelik sungguh. Kenapa la rajin beno cikgu korang ni. Hadooiii.

Rindu nak stay up malam-malam tengok tv dengan korang, rindu nak pergi tepi laut tengok sunset, rindu nak mandi manda tepi pantai, rindu nak makan masakan mak, rindu nak paksa ayah bawak pergi jalan-jalan, rindu nak menyanyi melalak dengan korang, rinduuuuu sangat sangat lah!

Note : Just heard a bad news today. Terkejut sangat. Hope you'll be okey dear.

Friday, April 15, 2011

.mengata ke mengumpat.

Haiii!!!


Ternampak satu ayat ni, "Bila hati kita asyik berdendam atau berdengki  dan jugak membenci dengan orang, hidup rasa tak senang dan tak tenang." Ayat tu tak la exactly macam ini tapi ala ala la kan.

So, tiba tiba terpikir pasal diri sendiri. Rasanya mulut ni macam rajin je mengumpat orang semenjak dua menjak ni. Semua pasal tak puas hati dengan orang tu.

Tapi bila fikir fikir balik kan, buat buang air liur je. Orang tu bukan dengar pun, pastu kita pulak dapat dosa. Opsss! Alamak.

Lepas tu kan, bila ada orang yang sakitkan hati saya, mula la rasa dendam semacam. Siap buat dialog lagi, "Siap la kau pasni. Kau tunggu la. Kang giliran kau pulak." Pergh! Patut la hati hitam. Siap buat niat nak balas balas dendam pulak.

Masalah hati hitam yang penuh dendam dan mulut yang penuh umpatan dah makin kronik. Now it's time to make some changes. Tak salah kalau kita nak berubah jadik yang lebih baik kan.

Hidup kita ni kalau nak bahagia dan tenang, kena la maintain kan a good relationship dengan orang lain. Peace!

Peace ye semua.


Note : Tak perlu malu nak mengaku kesalahan diri. Well, we're all human. And we're born to make mistakes.

Sunday, April 10, 2011

.jalan jalan.

Haiiii!!!

Baru baru ini pergi la jalan jalan nak release tension bersengkang mata study untuk exam. Lepas itu tujuan utama sebab nak lepas rindu cari kawan untuk Totty saya. Sebab Lily dah tak de, takkan nak biarkan Totty jadik duda kan. So, kena la remarried kan dia.

Jauh jugak la pergi sampai PWTC sebab kawan encik cakap kat situ ade kedai pet. Tapi cakap kawan dia  tu macam hampeh je. Tak ada pun kedai pet kat situ. Eeeeiii, sabo je la.

Last-last decide nak pergi Midvalley je, pergi Pet Wonderlands cari turtoise kat situ. Disebabkan kiteorang tak suka pergi Midvalley, so, tempat tu la last choice. Pergi pun sebab terpaksa. Sebab dulu pun beli Totty and Lily kat situ.

Pet Wonderland memang best. Rambang mata tengok binatang semua tau. Katak pun ada jual. Harga : RM150. Kalau ada siapa siapa yang rasa diri dah kaya sampai tak tahu dah nak beli ape, sila pergi beli katak kat situ ye.

Tapi malangnye, turtoise kat situ dah habis. Air anti-klorin pun dah tak banyak choice. Hadoiii, kesian Totty. Keseorangan lagi.

Ini Pet Wonderland, mari datang. Best woo..


Aaahh, kecewa, kecewa. Turtoise dah habis.

Tak apa la, kura kura tua ni kan ada. Haha.. =P

Sekian.

Note : Jom rajinkan diri study!

Friday, April 8, 2011

.kau buat aku mengantuk. grrrrr.

Di tengahari yang indah...

Kenapa? Kenapa? Kenapa aku perlu baca buku yang memang wordy gila ni? Dah la pasal sejarah. Okey, aku memang tak suka sejarah. Dari zaman sekolah pun tak pernah nak dapat A. Grrr...

Nak jadik cikgu bahasa pun kena tahu sejarah ke? Ni yang lemah ni. Nak kena ingat tarikh, tahun. Okey, tarikh dan tahun itu adalah nombor. Dan sememangnya aku tak suka nombor. Nombor sgt memeningkan. Fine.

Seriously, rasa malas gila tahap babun nak baca buku. Sebab 2 hari lepas asyik berpoya-poyo tengok movieS, cerita GLEE (Haa, yang ini salahkan dyha. Kau influence aku. Haha..), jalan jalan dgn abang tegap, tidur, makan tanpa henti dan yg seumpama dengannya.

Disebabkan tinggal satu je lagi exam, kemalasan memang membuak-buak. Hadooiii. Nak pulak kena baca buku wordy yang ada unsur unsur sejarah pulak. Memang tak seronok. Serius, tak seronok okey.



Dah, tengah stress tau. Malas dah nak taip. Selamat tinggal romeo. Eh, juliet sekali. Auuuwww.

Note : Semoga kita berjaya. =)