Monday, March 28, 2011

.aaaahhh, kecewa tau.

Haii!!!

Semalam hari Ahad. Sepatutnye hari untuk bergumbira. Ye, gumbira. Tapi rasa lagi serabut sebab plan asal nak meronggeng tak menjadi. Okey, fine! Marah tau.

Nak pergi Taman Rama-rama, Taman Kancil & Rusa, Taman Orkid, Taman Bunga Raya. Semua tak menjadi. Aaaahhh, benci. Lepas ini kena bawak jugak. Huh.

Nak cari kalsium untuk my babies pun tak jadi. Eeee... sabo je la. Tapi lepas itu decide nak merayap sendiri, tapi lepas itu ada orang nak tolong teman. Oh, terima kasih.

Bila dah dapat merayap, semua serabut-serabut hilang sekejap. Fuhh, legaaa.. Mari layan gambar.


Gambar gedik pembuka bicara. *dush!


Tukang teman.


Sila lempang sekuat hati anda.


Jom terbang. Fiu.. fiu.. fiu..


Tukang teman lagi.


I love it.

Okey. Sekian. Walaupun tak dapat pergi tempat lain, dapat merayap pergi Wangsa Walk pun jadi laa. Layaaan. =)


Hey, I still hold the promise. =)

Note : Sudah beli kalsium untuk mereka. =)

Saturday, March 26, 2011

.a piece.

. . . . . . . 






Note : Please don't make promises if you plan to break it.

Thursday, March 24, 2011

.down gila.

. . . . . . .

Final exam tadi : Answer 20 subjective questions in 1 hour and 30 minutes time.

Rasa macam nak gila menulis. Memang la bukan soalan essay, tapi soalan subjective pun sangat memerlukan pemikiran yang pantas kan? Tambah-tambah kalau masa sekejap sangat macam tadi.

Paling sedih, tak sempat nak jawab sebenarnya. Tak sempat nak check balik jawapan. Jawab pun pakai relevan pada otak sendiri je.

Seriously, rasa macam down gila. Setiap sem, mesti ade je killer subject. Tapi sem ini, killer subjectS okey. Bukan satu, tapi dua, tiga, dan seterusnya.

Aaaaaaaaaahhhhhhhhh! Strees okey!



Note : I need you, but I can't have you.

.manusia.

Selamat pagi.

Manusia. Hanya akan tahu menghargai sesuatu kalau dia dah hilang benda itu. Masa itu baru lah sibuk nak menyesal dan terhegeh-hegeh mencari.

Luka itu mungkin sudah sembuh, tapi parutnya tetap ada.

Note : Membawa diri.

Monday, March 21, 2011

.my babies.

Haiii!!!

Keja melambak tapi mengada-ngada nak menaip kat sini. Gedik. Gedik. Next week dah final exam dan jugak kena submit assignment. Tapi assignment baru siap 60%. Apakah?

Penat berusaha gigih tak tidur malam tapi tak siap-siap lagi. Last-last Ahad semalam cari masa outing sekejap. Tapi bukan sengaja-sengaja nak merayap. Ada hal penting. Ecececeh!

Walau apa pun, seronok sangat semalam. Kepada kakak and encik, korang memang the best. Heee~

Eh eh, apsal aku macam dah lari topik je ni. Hek eleh. Sebenarnya niat asal nak letak gambar-gambar my little cutie babies sebenarnya. Last entry hari itu kan malas nak upload. So, baru sekarang ada kerajinan itu.

So, korang tengok la ye.

Dua-dua tengah tidur. Haish, bangun!


Si Totty ini memang kuat membuli. Lasak pulak tuu. Sabo je la.


Haa, tengok. Membuli lagi. Nak kena rotan niii.


Lily pasif je, tapi lagik sekor ini memanjat je dari tadi.


Bahagia je dia bila dah dapat bersantai. Patut la gigih memanjat.

Dah. Dah. Kalau nak letak semua gambar diaorang kat sini memang penuh page la jawabnye. =)

Sekian.

Note : Got a new one. Happy! =)

Friday, March 18, 2011

.hari malang sedunia.

Selamat pagi semua!

Ye. Pagi. Pagi sangat la aku update menda alah blog ini sebab ada kejadian malang yang jadik tadi. Okey, straight to the point. Tak payah nak bermadah segala la Ikaaa...

Last 2 days Ustaz (kelas Tilawah) mesej and cakap nak buat kelas ganti hari Jumaat (hari ini la) pukul 8-9 pagi. Sebab tak nak lagi dah overslept macam last week, saya pun gigih la nak tido awal. Pukul 2.30 pagi dah naik katil dah. *pada saya, tidur pukul 2.30 pagi itu adalah sgt awal.

Lepas itu pulak, kunci jam gila punya awal la sebab takut kang pagi-pagi tak sedar diri. Dan overslept lagi. Siap pesan kat encik segala suruh kejut awal hari ini. Semangat nak pergi kelas. Tak mau ponteng-ponteng dah.

Jam 6.40 pagi : Henpon berbunyik mintak diangkat dan dibelai-belai. Oh, terima kasih encik kerana menjalankan tanggungjawab anda. Tapi awal lagi ini. Tido dulu la.

Tiba-tiba terjaga, tengok jam kat henpon, pukul 8.30 pagi! Aaaahhhh! Gigih berlari pergi toilet capai ubat gigi, berus gigi dan pencuci muka. Gosok-gosok gigi dengan rakusnya. Okey, tak sempat cuci muka. Mandi? Lagi la tak sempat! Ah, lantak. Lari-lari balik bilik pakai baju kurung.

Nasib baik dah iron baju malam tadi. Tudung pulak, terima kasih pada tudung instant. Memang tabik spring la kat siapa siapa yang reka tudung ini.

Ambik Tafsir Quran, buku nota, pencil case, henpon, masuk dalam beg. Tempek bedak kat muka, lip ice sikit. Okey, go! Berlari-lari maraton pergi kelas.

Sampai kelas dengan ketiak yang melekit berpeluh dan nafas tercungap-cungap. Pastu redah ketuk pintu, masuk kelas, tengok ustaz, "Maaf ustaz, saya terlewat bangun."

Ustaz memandang dan tersenyum. "Awak section berapa ini?". Saya jawab, "Section 55". Serius masa ini muka dah blur. Apsal muka ustaz aku ni lain. Ini ustaz ganti ke apa.

Dan ustaz jawab, "Ini bukan section 55, ini section 42." Salah kelas rupanya. Padan muka aku. Main terjah je. Lepas itu gelabah jugak la cari ustaz and classmates yang lain kat kelas area masjid itu, tapi tak jumpa.

Mesej kawan tapi pukul 9 lebih baru berbalas. Memang malang nasib hari ini. Dah la pergi kelas tak mandi, berlari-lari buat maraton, pastu salah masuk kelas. So pathetic. Oh. Oh. Demm.

Pengajaran untuk hari ini : Sila jangan ambik kelas pukul 8 pagi lepas ini. Tak mampu nak bangun awal. =(

Sekian.

Note : Kepala pening sebab bangun mengejut. Demm.

Monday, March 14, 2011

.dua dalam satu.

Sebab cerita ini cerita lapuk, nak masukkan dua cerita sekaligus je. Okey?

Sebenarnya tak ada la lapuk sangat, cuma benda ini jadi minggu lepas. Sebab busy melampau-lampau, tak sempat nak cerita panjang lebar.

Last week Biro Sponsorship Sendi Club buat jualan donut kat econs. Donut Big Appla tau. Jangan main-main. Laku gila gila tau. Tak sangka pulak budak-budak UIA memang suka makan Big Apple. Eceh!

Memang tak menang tangan nak jaga booth. Tapi best sebab kiteorang dapt bonding antara ahli-ahli kelab. *dan juga dapat gosip. Grrrr... Mari tengok gambar yang sikit kat bawah.



Kamilah pejual berjaya. Muahahaha...


Mereka-mereka yang setia jaga booth.

Cerita kedua pulak, hari Khamis malam Jumaat pulak Sendi Club buat Mentors' Night. So, kami ahli-ahli kelab ini datang untuk makan-makan, main games and bbq. Yang paling best, main baling-baling tepung. Hahaha.. Seronok sangat.



Mula-mula buat air 2 org je, bila kamera ada, semua pakat nak masuk muka. =)


ZzzzZZzzzz


Belon-belon ini yg terlebih meriah. Heee...


Muka kena calit tepung + air sebab salah cakap masa main game. Muka comot tapi best!


Seriusly tak kenal budak ini siapa. Hadoiii...


Ramai-ramai pakat kenakan Mr.Presiden. Padan muka. Muahahahaha...


Ini semua tepung punya pasal. Aiyooo...

Comot la anak-anak dara ni. =P


Bila kita dah kenakan orang, lepas itu mesti kita akan terkena balik kan. Grrrrr... *dendam kesumat.

Okey. Dah habis. Harap korang tak muntah tengok gambar-gambar banyak macam ini. Tata!

Sekian.

Note : Terima kasih awak. =)

Saturday, March 12, 2011

.i think.

I think I'm losing my bestfriend.

Yes. Again. I'm losing my bestfriend. We used to share everything together. But it seems that she already found a new one. 

It hurts. Well, I wish I could go far away from here. Where's nobody knows me. Then, I'll live a happy life.

Without you. That's for sure. 




Sekian.

Note : Moving on.



.hanya kerana nama.

Haiiii!!

Korang, korang. Korang banyak nama panggilan tak? I mean, among your friends. Tambah-tambah yang nama panjang berjela sampai kena buat dua IC tu. Pergh, memang ribu-ribu la nickname korang kan.

Ceritanya begini ya adik-adik, makcik pokcik sekalian. Kawan-kawan sekolah dulu (campur semua sekali la sekolah rendah, menengah mahupun sekolah agama petang) panggil saya 'Pikah', tak pun 'Fiqah'. Okey, fine. Tak apa la kan. Panggilan normal.

Lepas habis je sekolah, dapat masuk PLKN. Kawan-kawan kat situ pulak panggil 'Iqah'. Hilang dah huruf F tu. Okey, fine. Masih normal lagi.

Lepas tu pulak dapat masuk UIA. Kawan-kawan kat sini pulak panggil 'Ika'. Aik, dah hilang pulak H kat belakang. Okey, fine. Normal lagi ni.

Begitu lah keadaan nickname tu sampai bertahun-tahun. So, kalau ada kawan mesej tapi tak save no phone dia, tengok je dia panggil apa. Kalau "Iqah, kat mane sekarang?". Haa, ini sah-sah kawan PLKN ini.

Nak jadik cerita, saya join Kelab Sendi (mentoring based-club pada yang tak tahu). Tak sangka pulak dekat dalam ini ada pulak budak yang diaorang panggil 'Ika'. So, untuk mudah kerja, ahli-ahli kelab ini panggil saya 'Fiqah'.

Mula-mula rasa ralat jugak la sebab bila orang panggil Fiqah, tercengang kejap. Lambat pulak nak loading. Tapi bila orang panggil budak Ika lagi sorang itu, saya pulak yang laju je mulut nak menjawab. Aish, silap la pulak.

Paling tensen kalau dalam meeting, ada yang tanya, "So Ika, ada apa-apa nak cakap?", mula la aku gelabah nak bukak mulut. Padahal diaorang tanya budak lain. Aduuh, tolong la jangan malukan diri sendiri.

Sekarang ini tengah pening-pening nak biasakan diri dengan panggilan baru. Dah rasa macam masuk sekolah balik pulak. Hadooooiii.

Sekian.

Note : Semakin hari semakin jauh.

Wednesday, March 9, 2011

.tooty & lily.

Haiii!!!

I tell you what. Sekarang ini saya dah ada satu lagi sumber-sumber kebahagiaan dan ketenangan. Guees what?

Well, I have new 'babies'! Yeah! Bukan. Bukan. Bukan baby yang kecik comel yang kita akan dapat lepas kahwin lepas tu mengandung tu. Aish, bukan yang itu laaa...

I'm still single bebeh. Muahahaha... Eh, maksud single tu sebenarnye bujang ye. Bujang. Macam, status : Belum berkahwin. Paham tak? Paham kan. Bukan explain pasal add math pun.

Kita berbalik pada cerita asal ye kawan-kawan. Dah lama gila mengidam nak 2 ekor budak ni baru last week dapat. *terima kasih pada encik penaja. Hati seronok mengalahkan dapat award ratu cantik sampai kan dalam perjalanan balik tu asyik tersengih je sambil-sambil cuit-cuit budak 2 ekor ni.

Nama budak 2 ekor ini, Totty & Lily. My new turtoise. Tapi malas nak upload gambar diaorang sekarang. Nanti-nanti la ye. Budak-budak ini selalu bergaduh. Asyik menolak and menendang je kerjanya. Entah apa yang diaorang tak puas hati tak tahu la.

Dah la kuat bergaduh, kuat tido pulak tu. Haish, apa nak jadi. Bak kata encik, diaorang itu ikut perangai tuan dia. Kuat tido. Hek eleh. Statement cannot go.

Sekarang, penat. Nak sambung buat kerja. And nak kacau budak 2 ekor tu. Goyang-goyang badan diaorang suruh bangun tido. Muahahahaha... Padan muka. Tu la, siapa suruh nakal sangat.


Nah, satu gambar gedik.

Sekian.

Note : Terasa lebih bertanggungjawab. =)

Monday, March 7, 2011

.demm!.

I feel like deleting this account.

This is what happen when I tried to edit my blog. Seriously it's like shit! Rasa macam nak menyumpah seranah kenapa la blog aku dah macam blog zaman Pak Kadok.

Seriously, I don't know what I've done to my blog. Burok gile okey! Macam b*****g je!

I'm sleepy. And tired enough. No time for this stupid-blog-editing anymore. Need a rest. Full stop.

Note : Please someone help me. =(

Thursday, March 3, 2011

.kau senyap. kau senyap!.

Budak ini memang menguji kesabaran aku.

Dah lah aku tengah pening. Kau boleh bising-bising pulak. Duduk kat situ senyap-senyap sudah la. Yang kau nak terjerit-jerit buat apa?

Kau ingat comel kau buat macam itu? Slow volume kau tu makcik. Kau ingat tempat ini tempat kau sorang? Ini yang buat aku panas hati ini.

Hoiii, time aku tulis ini pun kau boleh terjerit-jerit lagi. Rasa nak tampar-tampar je. Aku tensen betul lah dengan budak ini. Kang aku sound direct kang cakap aku tak ada manner pulak.

Kau nak mati? Hah? Hah? Kau nak mati?

Kalu tak nak, baik kau senyap.

Kau senyappp!!!!

Note : Makin lama rasa makin tak dapat nak kawal perasaan.

Tuesday, March 1, 2011

.sikap lelaki. ececeh!

Haiiii!!!

Hari ini one whole day saya tak ada kelas. So, selain menghabiskan masa dengan tidur, saya pun cuba-cuba nak khatamkan buku motivasi psikologi yang saya beli kat MPH. *serius buku-buku motivasi kat sana best gila and banyak choice. Sila pergi langgan. 

Buku ini dah sebulan beli tapi sebab busy-nak-mampus, terpaksa posponed dulu baca menda alah ni. Then, ada one topic yang really gain my attention. Tajuk : Rahsia Bahasa Tubuh. Jengg jengg jengg! Tajuk gedik macam ni memang aku paling suka baca. =P

Content buku ni dia ambik dari penulis Steve Nakamoto, penulis Men Are Like Fish : What Every Woman Needs to Know About Catching A Man. Dia tulis macam mana kita nak kenal sikap sebenar lelaki melalui perwatakan dia. Nak tau? Jomm!!

Letak gambar dulu. Ambik feel. Hahaha...

1) Bersukan bersendirian.
~ Dalam bahasa kasar,lelaki yang suka sukan sorang-sorang macam  dah tak ada kawan. Jenis yang ini adalah orang yang suka bangga-bangga dengan diri sendiri dan lagi suka luangkan masa sorang-sorang dalam masa yang agak lama. Haishhh, kesian awek dia.

2) Bersukan secara berkumpulan.
~ Orang yang macam ni biasa yang main bola keranjang atau bola sepak. Lelaki macam ni biasa sukakan persaingan dan biasanya suka bergantung pada kawan-kawan sekelilingnya. Ye ke?

3) Tak suka bersukan.
~ Haaa, lelaki macam ini memang pelik sikit sebab jarang orang lelaki ini tak suka sukan. Dan dalam buku ini cakap, diaorang ini lebih suka bab fikir-memikir and agak sensitif. Sensitif? Tak suka bersukan? Opsss!

4) Setia bersahabat.
~ Kalau lelaki ini still berkawan dengan kawan dia yang 10 tahun lepas lepas, kira dia ini jenis yang sangat setia. Auuuwww! Tapi mungkin jugak dia ini jenis orang yang tak suka kan perubahan. Ooo,kira kalau awek kau tembam mambam tapi dia nak kurus, kau tak suka la kan? Haa, nak kena cari laki macam ni la!

5) Suka guna kad kredit.
~ Orang yang bercita-cita tinggi and percaya pada diri sendiri. Lelaki jenis yang macam ini akan pastikan setiap matlamat dan impian dia akan tercapai. Perghh. Baguss.

6) Suka guna duit tunai.
~ Yang ini pulak jenis yakin dengan diri sendiri dan lagi suka hidup berdikari. Kira macam tak main lah nak bergantung kat orang lain ni. Tak macho la brader.

Okey. Sudah habis. Teeett. Heee.. Actually banyak lagi tapi memang malas gila nak taip. Ambik yang mana rasa macam interesting je.

Tapi jangan la percaya kat buku ini seratus peratus pulak kan. Kalau kita nak kenal betul-betul hati budi orang tu, berkawan lah dengan dia baik-baik. Jangan nak observe sendirik-sendirik ye.
Sekian.

Note : Lepas ini nak tambah lagi satu koleksi buku motivasi. Oh, I like! =)