Friday, April 15, 2011

.mengata ke mengumpat.

Haiii!!!


Ternampak satu ayat ni, "Bila hati kita asyik berdendam atau berdengki  dan jugak membenci dengan orang, hidup rasa tak senang dan tak tenang." Ayat tu tak la exactly macam ini tapi ala ala la kan.

So, tiba tiba terpikir pasal diri sendiri. Rasanya mulut ni macam rajin je mengumpat orang semenjak dua menjak ni. Semua pasal tak puas hati dengan orang tu.

Tapi bila fikir fikir balik kan, buat buang air liur je. Orang tu bukan dengar pun, pastu kita pulak dapat dosa. Opsss! Alamak.

Lepas tu kan, bila ada orang yang sakitkan hati saya, mula la rasa dendam semacam. Siap buat dialog lagi, "Siap la kau pasni. Kau tunggu la. Kang giliran kau pulak." Pergh! Patut la hati hitam. Siap buat niat nak balas balas dendam pulak.

Masalah hati hitam yang penuh dendam dan mulut yang penuh umpatan dah makin kronik. Now it's time to make some changes. Tak salah kalau kita nak berubah jadik yang lebih baik kan.

Hidup kita ni kalau nak bahagia dan tenang, kena la maintain kan a good relationship dengan orang lain. Peace!

Peace ye semua.


Note : Tak perlu malu nak mengaku kesalahan diri. Well, we're all human. And we're born to make mistakes.

Sunday, April 10, 2011

.jalan jalan.

Haiiii!!!

Baru baru ini pergi la jalan jalan nak release tension bersengkang mata study untuk exam. Lepas itu tujuan utama sebab nak lepas rindu cari kawan untuk Totty saya. Sebab Lily dah tak de, takkan nak biarkan Totty jadik duda kan. So, kena la remarried kan dia.

Jauh jugak la pergi sampai PWTC sebab kawan encik cakap kat situ ade kedai pet. Tapi cakap kawan dia  tu macam hampeh je. Tak ada pun kedai pet kat situ. Eeeeiii, sabo je la.

Last-last decide nak pergi Midvalley je, pergi Pet Wonderlands cari turtoise kat situ. Disebabkan kiteorang tak suka pergi Midvalley, so, tempat tu la last choice. Pergi pun sebab terpaksa. Sebab dulu pun beli Totty and Lily kat situ.

Pet Wonderland memang best. Rambang mata tengok binatang semua tau. Katak pun ada jual. Harga : RM150. Kalau ada siapa siapa yang rasa diri dah kaya sampai tak tahu dah nak beli ape, sila pergi beli katak kat situ ye.

Tapi malangnye, turtoise kat situ dah habis. Air anti-klorin pun dah tak banyak choice. Hadoiii, kesian Totty. Keseorangan lagi.

Ini Pet Wonderland, mari datang. Best woo..


Aaahh, kecewa, kecewa. Turtoise dah habis.

Tak apa la, kura kura tua ni kan ada. Haha.. =P

Sekian.

Note : Jom rajinkan diri study!

Friday, April 8, 2011

.kau buat aku mengantuk. grrrrr.

Di tengahari yang indah...

Kenapa? Kenapa? Kenapa aku perlu baca buku yang memang wordy gila ni? Dah la pasal sejarah. Okey, aku memang tak suka sejarah. Dari zaman sekolah pun tak pernah nak dapat A. Grrr...

Nak jadik cikgu bahasa pun kena tahu sejarah ke? Ni yang lemah ni. Nak kena ingat tarikh, tahun. Okey, tarikh dan tahun itu adalah nombor. Dan sememangnya aku tak suka nombor. Nombor sgt memeningkan. Fine.

Seriously, rasa malas gila tahap babun nak baca buku. Sebab 2 hari lepas asyik berpoya-poyo tengok movieS, cerita GLEE (Haa, yang ini salahkan dyha. Kau influence aku. Haha..), jalan jalan dgn abang tegap, tidur, makan tanpa henti dan yg seumpama dengannya.

Disebabkan tinggal satu je lagi exam, kemalasan memang membuak-buak. Hadooiii. Nak pulak kena baca buku wordy yang ada unsur unsur sejarah pulak. Memang tak seronok. Serius, tak seronok okey.



Dah, tengah stress tau. Malas dah nak taip. Selamat tinggal romeo. Eh, juliet sekali. Auuuwww.

Note : Semoga kita berjaya. =)

Tuesday, April 5, 2011

.i'll always miss her.

Dukacita dimaklumkan..

My sweet adorable Lily dah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Uhuk uhuk. My turtoise betina dah mati 2 hari lepas.

Seriously, memang sedih gila. Bengkak jugak la mata meraung. Rasa macam loser gila. Tak pandai nak jaga budak kecik yang comel tu.

Actually, Lily memang dah sakit. Tapi tak sangka la sampai bawak maut kan. Makan pun tak lalu. Asyik tidur je. Mata dia bengkak, shell dia pulak lembik. Kesian sangat.

Waktu kebumikan dia, bawak Totty sekali, suruh dia tengok Lily buat kali terakhir. Tapi kesian Totty, dia jadi tak tentu arah sebab dah hilang kawan. =(

To Syafiqah and Mardhihah, thanks for everything. Kalau korang tak ada, mungkin aku tak sanggup nak tanam Lily tu. Tadi baru ziarah kubur Lily. Sedih tau. Huuuu~

And for my secret bestfriend, thanks jugak. Nasihat anda menenangkan. =)


Lily & Totty. I'll miss her.
Note : Saya dah buat keputusan. Awak?

Friday, April 1, 2011

.saya harap, saya harap.

Sila baca dengan nada penuh pengharapan, eh, mengharap.

Saya harap saya tak payah susah susah masuk universiti untuk dapat kerja. Keluar je dari perut  mak, terus dapat offer letter jadik Cikgu.

Saya harap saya tak perlu belajar rajin rajin nak jadi pandai. Dengar lecture sekali je terus paham lepas itu ingat sampai tua sementara tak nyanyuk lagi.

Saya harap saya otak saya sangat superb, tak payah salin nota, tak payah buat latihan banyak banyak. Semua dalam kepala otak. Bila nak exam, tak payah susah susah nak study.

Saya harap semua universiti akan mansuhkan segala jenis exam, kuiz, assignment dan yang sewaktu dengannya. Sebab kesian kat lecturer nak kena tanda paper banyak banyak. See, kami sayang tau lecturer kami. Tak nak diaorang susah-susah.

Dan kalau universiti tetap nak buat exam, saya harap gap antara subjek biarlah seminggu sekali. Tak payah susah susah nak perah otak, balik je exam, terus menghadap nota nak study untuk exam satu lagi.

Dan..

Saya harap anda cepat sepak saya laju-laju dan jerit kat telinga suruh study sebab tahap kemalasan dah capai tahap maksimum.

Pangg!!

Okey. Dah sepak diri sendiri. Jom study!

Note : Merepek kerana stress. Arghhhhh!!!