Saturday, May 28, 2011

.it's your birthday.

Yes, today is the day.

When I need an ear,
You are always there.

When I need a hug,
Your arms are there for me.

When I need strength,
Your love is there for me.

Today is your special day,
And I am here for you.

To share and celebrate
The real happiness and joy.

Happy Birthday to you.






Note : I'm tired of thinking.

Tuesday, May 24, 2011

.day by day.

 1300 days.


We are all a little weird and life's a little weird. And when we found someone whose weirdness is compatible with ours, we join up with them and fall in mutual weirdness and call it love.



Note : I'm glad I choose you as my super-duper-bestfriend. =)

Monday, May 23, 2011

.tak ada mood laaaa.

Haiii!!!

Gila pemalas aku nak menaip kat sini. Tapi rasa macam nak cerita, tapi rasa macam malas. Hah, macam mana tu?

Tapi serius boring gila duduk kat bilik masa weekend. Tak tahu nak buat apa. Orang lain semua dok dating la, outing la, shopping la. Haish, jeles nyaaah! Tak pe. Saboo. Saboo.

Eh, anyway, terima kasih daun keladi untuk encik yang dapat cuti dan dapat meluangkan masa untuk budak perempuan senget yang selalu jadi bahan kutukan anda ni ye. Toink. Toink. Auuuwww. Paaangg! Apsal gatal sangat ni weh.


Ada assignment tapi serius susah gila and sangat confius tak berapa sure macam mana nak buat tapi aku hentam je. Haha. Lepas tu nak kena prepare untuk presentation pulak. Yang ini tak boleh hentam sebab kang nampak sangat menipu masa cakap kat depan kelas kang.

Ni next time cerita la ek.

Okey. Sebab tajuk entry pun tak ada mood, so aku dah tak ada mood nak taip lagi da.

Sekian.

Note : Berusaha. Yeah!

Wednesday, May 18, 2011

.roller blade.

Haiii!!!
First thing first, nak ucap Happy Teacher's Day kat semua cikgu kat Malaysia ni. Dan untuk semua bakal-bakal cikgu, Happy Teacher's-to-be Day. Hehe. (I hope it's not to late.)


Then, nak tanya korang. Penah main roller blade tak? Hebat tak korang? Serius nak cakap, best gila kan main benda alah ni. Pada siapa siapa yang tak try lagi, sila la pergi cuba okey. Syoooook gila! Rasa macam tak nak stop.

Nampak macam pro kan? *paaanggg!

 Tapi kalau korang masih amatur macam aku ni, baik bersedia dari segi mental, fizikal, rohani mahupun jasmani untuk jatuh gedebuk gedebuk dan gedebuk lagi dan lepas tu bersedia pulak untuk sakit-sakit dan lebam-lebam pada seluruh badan beberapa hari berikutnye. Anda bersedia. Silakan.


Nak masuk tempat ni tak mahal sangat pun, sekali je bayar lepas tu korang main la satu hari. Hari tu aku main sampai 3 jam. Sejam pertama tak payah cakap la, nak balance badan memang payah gila, lepas tu asyik jatuh je. Jatuh terlentang, tersembam, semua ada. Sakit gila badan.

Tapi lepas tu, dah reti dah macam mana nak control benda alah roda-roda tu. Then, baru boleh main puas-puas. Smooth je bawak kasut roda tu. Rasa macam pro je. Haha.

Ini lah budak yg bertanggungjawab bawak aku kat tempat ni.
Thanks to her. =)

So, pada siapa-siapa yang suka cuba benda-benda baru, here it's the right place. Datang, jangan tak datang tau. Hehe.

Sekian.

Note : I'm worried.

Saturday, May 14, 2011

.cabaran.

Haiii!!!
Petang tadi baru je habis Program Dynamic Mentoring 3 anjuran Kelab Sendi. Kelab Sendi ni mentoring-based club. So, kami semua kena jadi mentor untuk adik-adik sekolah rendah. Ajar diaorang pasal sahsiah, bagi motivasi sikit-sikit and include jugak pasal pembelajaran.

Seriusly memang penat gila tadi even program ni setengah hari je. Tak macam DM 1 & 2, saya jadik mentor untuk adik-adik comel ni. Tapi this time kena jadik committee untuk catering. Banyak sangat cabaran-cabaran bila jadi Biro Catering ni. Pada siapa siapa yang pernah jadi Biro ni, rasenye korang pun setuju kot.

Jom kita senaraikan apa yang mencabar sangat bila jadik Biro Catering ni.
  1. Semua orang request nak makanan sedap-sedap tapi  budget ciput je. Bila makanan tu ala kadar je, mula la ada je yang nak complain. Masa ni nampak sangat macam Catering tak buat kerja sungguh-sungguh. Kalau nak makan sedap-sedap, sila la tolong cari sponsor. Masa tu kalau nak makan macam ala carte pun boleh tau.

  2. Masa orang lain tengah syok buat program dalam dewan, kita bertungkus lumus kat luar susun makanan, air, cawan, sekali dengan makanan VIP. Berpeluh-peluh angkut bekas air, angkut berbungkus-bungkus nasi, set up meja VIP dengan pantas nye. Orang lain sedap-sedap duduk dalam aircornd, kita kat luar peluh kat ketiak tak payah nak cakap la kan, kalau boleh perah, dah satu besen agak nye.

  3. Makanan untuk VIP nak kena gempak. Nak sedap-sedap. Meja pun nak kena kemas. Mesti nampak perfect. Tapi ada jugak VIP yang tak nak makan pun. Masa tu rasa macam panas jugak la, tapi nak buat macam mana, tak kan nak paksa pulak kan. Sabo je laa.

  4. Bila tempah makanan macam ayam masak merah, masa tu budak-budak complain makanan tu pedas. Masa ni nampak lagi macam catering yang salah. Yelaa, makanan mana boleh terkurang sedap sikit pun. Nanti ada perut yang tak dapat terima. Kalau pedas sangat, ada yang tak boleh makan. Kalau tak pedas pulak, ada pulak yang rasa macam makanan tu tak 'berasa' sangat. Sabar. Sabar.

  5. Last sekali, bila program dah habis dan semua orang sibuk nak balik, kita still tak siap lagi kerja. Nak susun balik pinggan, cawan, mangkuk, sekali nak kemas meja lagi. Sisa-sisa makanan tu pulak nak kena buang elok-elok, jangan bagi berselerak. Meja nak kena kemas, kalau ada air tertumpah atas meja, kena lap balik bagi bersih. Kalau budak-budak yang bagi tumpah air atau makanan tak pe la, boleh terima lagi. tapi kalau akak abang yang dah tua tu bagi tumpah tapi tak reti nak lap balik tu apa cerita?
Actually, kalau jadi biro apa pun, mesti akan ada cabaran nye, cuma berbeza je. Tapi sebenar nye benda macam ni la yang bagus. Kita ada pengalaman melayan kerenah macam-macam orang, berusaha untuk puaskan hati semua orang, dan yang paling penting, relationship kita dengan kawan-kawan become stronger sebab masing-masing saling bantu siapa yang tengah susah.

And for me, rasa bersyukur sangat tadi dapat partner Catering yang sangat helpful, dan ada jugak committee yang tak ada kaitan dengan Catering pun tolong bantu dari mula sampai habis. Serius rasa bertuah sangat dapat committee macam diaorang. Thanks korang. =)

Sekian.
Note : Penat sangaaaaaaaat.

Thursday, May 12, 2011

.rindu - part 2.

 Morning!!!!

Oleh sebab aku bangun awal hari ni, eh, kul 10.30 pagi tu kira awal kan?, saja saja je start entry dengan wish morning. Kira-kira nak berlagak la berjaya bangun pagi. Sebab biasa bangun-bangun tidur je, matahari dah tegak atas kepala. Memang tak merasa pagi la macam tu.

Entry kali ni nak upload gambar je suruh korang tengok sampai meluat. Haha. Semua gambar-gambar insan -insan tersayang dan tercinta yang dah bagi aku penyakit rindu ni. Jom layan.


Mula-mula kena gambar sendiri dulu. Haha.
Masa ni pergi tengok sunset kat laut dekat dgn rumah.

Budak berdua yang seronok sangat kalau dapat pergi laut.


 Budak manja ni. Ish3.


Adik lelaki yang dah nak SPM tapi aku selalu ingat dia ni kecik lagi. Haha.

Rindunye kat masakan mak. Ni yang tiba-tiba rasa lapar ni. Huhu.



 Anak lagi tinggi dari ayah. Apasal la korang ni tinggi melangit. Tak paham aku.


Main air dengan sepupu sepapat sedara lain mak lain ayah.


Syooooook sangat!

Malas dah nak upload. Penat menunggu je. Sampai tak mandi-mandi lagi sampai sekarang. Hehe. Dah. Dah. Jom mandi.

Sekian.

Note : Rindu kat awak jugak. Hehe.

Wednesday, May 11, 2011

.rinduuuuuuuuu.

Haiiiii!!!

Short sem dah start. Serius memang rindu gila nak balik rumah. Cuti 3 minggu mana cukup brader. Tapi cukup la kalau kalau nak tambahkan berat badan dengan adanya masakan masakan superb mak mak kita. Hehe..

Rasa rasanye berat dah tambah 2,3 kilo dah ni. Kang kalau tak makan makanan kat rumah kang mengigau plak bila balik UIA. So, baik hentam cukup cukup sementara cuti masih ada. Heeee~

Anyway, apa apa pun rindu sangat kat mak, ayah, kakak, abang, and adik-adik. Even diaorang bukan selalu ada kat rumah pun. Si budak-budak 2 org yang nak SPM and UPSR tu sibuk tusyen je memanjang. Yang sorang tu lagi suka sangat balik lambat dari sekolah. Apa yang korang suka sangat kat sekolah tu tak tahu la.

Nasib baik la kerajaan bagi cuti Sabtu Ahad. Ada la jugak masa nak bergumbira, bertendang bertepuk tampar dengan korang. Tapi itu pun cikgu korang nak buat tusyen jugak. Pelik sungguh. Kenapa la rajin beno cikgu korang ni. Hadooiii.

Rindu nak stay up malam-malam tengok tv dengan korang, rindu nak pergi tepi laut tengok sunset, rindu nak mandi manda tepi pantai, rindu nak makan masakan mak, rindu nak paksa ayah bawak pergi jalan-jalan, rindu nak menyanyi melalak dengan korang, rinduuuuu sangat sangat lah!

Note : Just heard a bad news today. Terkejut sangat. Hope you'll be okey dear.