Friday, June 7, 2013

.rasa rindu itu.





Wahai si pemilik cincin,


Sesungguhnya,


Aku rinduu. :(






Saturday, May 11, 2013

.inai di jari.


Tajuk nak glemer aje. Haha. Nevermind. Sukati aku la kan. Well, sape suka pakai inai? Owh, I loved too!

Tambah2 kalau pakai inai yg ori dari pokok tu. Perghhh, mmg cantik gile la color merah dia.

Sebab tu la aku suke tgk org kawen. Sebab inai kat tangan diaorg sgt cantik okeyyyyy. Ahaks. :)

Ade jenis inai yg color hitam tu biasa orang pakai kat kuku je. Konon2 nak fefeeling budak jahat la kan. Poyo plak aku rase. Haha. Tapi skrg aku dah tak pakai dah black henna ni. Sebab nak makan rase lain macam. Kuku hitam je. Haha.


Black henna.

Yang color merah tu memang normal la kan. Aku pakai je yg mana2 pun. Samada guna daun inai dari pokok or inai yg dah siap jual tu. But I like the first one better. Hee. :)


Proses pemakaian. :)

Tadaaaaa! Merah gile kan? :)

:)


Okey tu je aku nak cite. Maapkan gambar2 yg menjengkelkan ini. Ahaks. :)


Okey bye.









Note : Meluat.

Thursday, May 9, 2013

.as expected.


Masa aku zaman2 belajar dulu, pergh bunyi macam dah lama dah grad kan, puiiii,  aku suke tgk penampilan lecturer aku. Cantik and kemas je. Sejuk mata memandang.

So aku decide bile aku kat sekolah, aku kena pkai kemas2, wangi2 and make sure student tgk pun sejuuuuk je mata.

As expected, budak2 ni memang sgt teliti. Semua benda diaorg pandang dan perhati. Sampai kadang2 aku pun terkejut, and pikir, 'Itu pun dia perasan ke?'. Haa, amazing kan budak2 ni.

Antara pemerhatian bebudak ni adalah :


"Eh, teacher ade jerawat laaaa."

"Wow, handbag teacher sama dgn baju. Hihihi."

"Tingginye kasut teacher."

"Teacherrrrrr, cantiknye baju teacherrrr."

"Eh, teacher pakai blusher la. Comel. Hihi."

"Tecaher, teacher pakai celak ek? Camne nak pakai celak ek? Letak kat atas dgn bawah mata ke?"


Okey fine bebudak ni memang suke memerhati. Beware cikgu2 sekalian! Hahaha. >.<




Okey bye.







Note : Expect more?

Friday, May 3, 2013

.mrs always right.


Pada suatu hari,


H : Saya rase bende tu kan... bla bla bla bla...

A : Eee, yeke? Tak laaa. Saya rasa bukan macam tu. Dia kan... bla bla bla bla pot pet pot pet...

H : Iyela tu Mrs. Always Right.

A : Hah? Eeeeiiiiiii..

H : Hihihihi.


Iye ke? Not all the time I think. >.<







Note : Keje banyak. :(

Wednesday, May 1, 2013

.kawen woi kawenn.


Alkisahnye masa cousin aku kawen berbulan yg lepas, dia booked aku jadik pengapit dia. Mak aiiii, pengapit uolls. Mule la jiwa aku membara2 nak kawen ni. Huwaaaaa. Pang!

 Tak kisah laa. Pengapit pun pengapit laaa. Layannn. Mane tau tetiba dpt berkat kawen awal kan. Agaga. *seyes aku rase macam gatai gile kot*


Akad nikah. :)

Yang atas ni masa akad nikah. Pengapit harusla duduk sebelah kan. Haha. Aku plak yg nebes semacam weh. Dup dap dup dap aje jantung aku. Mengada gile. -__-"


Nak gak fefeeling pengantin. Agaga. :p

Maka keesokan harinya aku menjalankan tugas rasmi sbg seorang pengapit. Ape lagi, tolong pegang payung dgn kipas la weh. Tak kisah la, janji muka aku masuk kamera. Hahaha.


Pengantin lelaki dah sampai. Ready readyyyy. :)

Ye, aku mmg suke menempek dlm gamba org. Haha. Konpem cousin aku menyesal ambik aku jadik pengapit dia. Ahaks.

Paling pendek okeyyyy. Fine laaa.  >.<

Pengapit pun pendek. Okey fine. Huwaaaaa. -__-"

Heeee. :)

Pengantin dah duduk camni takde la aku rase ketot sangat. Haha. :p


Jom masuk rumah pulak. :)

Syok je tengok pengantin bersanding. Mule la aku nak berangan sanding kang nak pelamin color ape. Gedik gile. >.<


Pelamin pink pun comel jugak. :)

So, korang cepat2 pikir nak pelamin color ape. Macam syok je tengok orang bersanding. Hehe. :)


Tahniah. :)

Tahniah kpd cousin aku yg comel ni. Semoga berbahagia sampai akhir hayat. :)


Nak fefeeling pengantin lagi sekali. Haha. :)

Okey enough la ayat2 gatal daripada aku. Okey bye.







Note : Cuti. :)

Thursday, April 25, 2013

.true indeed.


Love doesn't need reason. Isn't it?










Wednesday, April 24, 2013

.sahabat.


" Awak kan sahabat saya. :) "

" Sahabat?"

" Kita pasangan dan kita kawan baik. Itulah sahabat namenye. "




Terima kasih sahabat. :)












Note : Ikhlaskan hati.

Sunday, April 21, 2013

.bosan.


Weekend is supposed to be fun right? Tapi aku bosan. Bosan gile weh. Balik dari kelas tambahan tadi aku terus tido sampai petang. Hah, tu la aktiviti aku hari ni. Bosan kan? -__-"

Nak outing pun takde mood. Yang tercinta jauh di mata. Lagi la takde mood aku nak keluar. Apela nasibbbb. :(

Haishhh, kalau la awak dapat posting dekat kan syok. :( Huuuu. Okey tak baik merungut. Terima seadanye. :(

Okey fine aku nak sambung aktiviti bosan aku hari ni. Tengok movie movie dan movie lagi. Bye.


Nak outinggg. Aaaaahhhh!






Note : Busy lagi? :(

Tuesday, April 16, 2013

.merajuk ek?.


Just now aku baru baca blog kawan aku pasal pompuan yg suke merajuk pastu lelaki buat tak reti jeee. Ahaks. Well, aku rasa hal tu memang bende normal yg jadik kat semua pasangan.

Tapi kalau dpt pasangan yang rajin memujuk tu mmg syok la kan. Cuma nak dpt tu yg susah. Haha. :p

Org lelaki ni tak reti nak cakap pasal perasaan dia. Dia tunjuk melalui perbuatan.

Sama la jugak kalau bab memujuk. Oleh sebab tak reti nak pujuk guna mulut a.k.a bg ayat2 manis, diaorg akan bg hadiah or mesej comel2. Depends la. Tapi kalau yg jenis hati batu tu memang aku tak tau la kan. Huuuu. -__-"

Ape2 pun, semua org ade cara yg tersendiri. Kadang2 aku pun geram jugak. Tapi nak buat macam mane. Org lelaki mmg camtu agaknye. Ahaks. :)


Kepada kawan aku yg comel tu, jgn merajuk lama2 ek. Tak comel la nanti. Hehe. :)

Okey nak pergi kerja. Bye.





Note : Busy.

Saturday, April 13, 2013

.hangin satu badan.


Aku tak tau la nak ckp ape lg dah nak bg org paham ape yang aku rase. Ape aku ni cakap jepun ke sampai susah sangat nak paham?

Weh, tolong laaaa beb. Aku ni hari2 menghadap 1001 perangai budak2 kat sekolah tu. Serabut kau tahu tak? Kesabaran aku mmg dah limit sgt setiap kali balik sekolah.

Tapi diaorang tu budak2. Normal la budak2 tak paham ape yg kita ckp. Yang kau pun nak jadi budak2 apehal?

Serius ah aku tak penah rasa marah sampai macam ni. Weh, aku baling henpon aku tau tak! Seumur hidup aku, aku tak penah baling henpon kalau aku marah.

Ape kau ingat henpon ni murah ke nak buat baling2? Tapi sekarang ni sabar aku memang dah sampai limit.

Kau kan... kau... ahhhhhhhhhh!

Shit!








Saturday, April 6, 2013

.kedah.


Masa cuti sekolah hari tu, family aku balik kedah. Lama kot tak balik kampung. Nasib baik aku kenal lagi sawah padi tu mcm mane. Agagaga. *ayat mintak lempang*

Seronok tau tengok sawah padi. Tenanggggg je rase. Agak2 sape yg rase macam dah nak mereng tu mai la datang kedah. Kita pakat dok tgk sawah padi. Konpem esok otak korang terus sihat.

Cantik kan view kat sini.

Oleh sebab aku bukan org kedah, so loghat kedah aku sgt lintang pukang. Aku sgt gigih nak ckp kedah tapi bunyinye macam alien dari pluto aje. Hancusssss.

Takpe2. Akan ku gigihkan lagi usaha itu. I suke org kedah, so I nak belajar ckp kedah dr sekarang. Agagaga. Tampar aku kejap. 

Semua excited nak blk kampung. Hee.




Nah muntahla korang tengok gamba aku. Okey bye. 







Note : Syukur. :)

Friday, April 5, 2013

.otak mereng.


Hari tu otak aku serabut. Sekarang otak aku dah bertukar jadi mereng pulak.

Weh gila kau mane la aku tak mereng, kerja melambak2 tau tak? Tapi takpe, kerja ni kan amanah. :) Pergh ayattttt. Nak sedapkan hati punye pasal. >.<

Nah tengok buku2 anak-anak yg nak kena tanda. Tengok pun rasa sejuk je hati kan? -__-"



Tapi bak kata mak aku, kita kerja kena ikhlas, jgn merungut. Takpe2. Sabarrrrrr. :)

Yg ni pulak meja aku. Oleh sbb buku yg melambak ni, penuh gile meja aku yg kecik ni haa. Nak letak bunge2 comel2 pun tak muat. Heee. :)



Tapi bile pikir2 balik, lagi banyak kerja lagi bagus. Takde la aku nak pikir benda bukan2, yg menyakitkan jiwa raga aku ni haa. Huh.

So, better la otak aku mereng buat kerja dari mereng pasal benda lain kan?

Okey tu je nak cite. Okey bye.






Note: Akhirnya. :)

Thursday, April 4, 2013

.tak reti.


Mai nak tanya sikit. Korang kalau marah ke, sedih ke, korang buat apa? Mengamuk? Bagus. Teruskan tabiat anda.

Aku ni masalahnya kalau tengah marah, berbakul2 aku maki orang tu. Tapi dlm hati je la. Tak pun maki belakang2.

 Nak marah depan2? Memang tak la bebb. Serius tak reti. Eh, silap. Aku reti. Reti buat muka annoying konon2 semoga org tu paham la aku tgh berapi kan.

Kalau sedih lagi la sadis hidup aku. Nangis sorang2, peluk bantal, hentak2 kaki sorang2.

Lepas tu siap karang ayat nak lepaskan perasaan kat org tu, last2 tak cakap pun. Sebab buang air liur je rasa. Malas aku nak bertekak.

Macam sekarang. Aku tengah panas hati. Tapi tak tau nak luahkan macam mana. Aku ni bukan jenis nak cerita A to Z kat orang.

Aku suka simpan sorang2. Sebab ape? Sebab aku tak reti nak bercerita masalah aku. Loser kan?

Memang aku loser pun. Okey bye.



Nah satu gambar loser.





Note : Benci!

Wednesday, April 3, 2013

.takde tajuk.


Sedih. Sedih sangat.


Awak tau tak saya tgh sedih?


Tak. Awak tak tahu kan?


Awak mane?


Balik la cepat. Pleaseee. :(









Tuesday, April 2, 2013

.otak serabut.


Otak aku tengah serabut.

Kerja sekolah banyak gila.

PBS anak2 murid aku tak check lagi, tak masukkan dlm borang lagi. Buku latihan anak2 ni pun aku tak habis tanda lagi.

Lagi lagi, bahan2 mengajar tak siap lagi. Lepas tu exercise untuk anak2 pun tak siap2 lagi.

So, logik kan kalau aku serabut?

Itu je aku nak cakap. Okey bye.







Note : Bile? Bile? Bile?

Sunday, March 17, 2013

.sayang.



Sayang apa khabar denganmu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu


I miss us. :(


Note : Bile?

Wednesday, March 13, 2013

.mari mari membaca.


Kalau cakap pasal membaca, aku memang gile baca novel. Kadang2 kalau novel tu best, sehari tak tido pun aku sanggup. Janji dapat baca sampai habis.

Dan ini adalah novel2 terbaru yg aku beli. Jeng jeng jeng..

Sila abaikan front page yg ehem2 tu. Hehe. :)

Dua novel dari Nicholas Sparks and 1 dari Miranda Dickinson. Semua ni aku beli guna voucher. Hahaha. Sebab novel English mahal gile tau. Lebih kurang RM30++. Sebab aku ni jenis kedekut berjimat, aku beli pakai voucher je la. Hehe. :)

Dan lagi 2 novel aku baru je beli sebab ade book sales kat UIA. Dan bila cakap pasal sales, of course la harga dia murahhhhhh. Gila kau kalo tak beli? Rugi tau takkk.

Just bought. :)

Yes yes yes! Dorothy Koomson adalah writer favourite aku. Sama as Nicholas Sparks. Serius happy gile tau dapat beli novel diaorang. Yeayyyy!

Yang paling syok sbb dapat beli dgn harga yg sgt murahhhhh. Bayangkan novel yg harga asal RM89.90 aku dpt beli dgn harga RM19.90 je. Mau tak rambang mata aku tgk semua novel2 kat situ. Last2 dua je aku beli. Jadilaaaa. Jangan tamak. Heee. :)

Tapi oleh sebab aku takde masa, semua novel2 kat atas ni aku baru sempat baca 1 je. Tu pun tak sampai separuh lagi. Busy tau tak. Dah tak sempat nak menghadap novel. Okey memang sgt loser. Huwaaaa..

Okey fine jgn jadi macam aku. Mari mari kita membacaaaaa. :)


Note : Risau sangat.

Tuesday, March 12, 2013

.bergayut?.


Tengah aku kusyuk buat kerja, masa tu jam lebih kurang pukul 12 malam, aku terdengar sayup2 orang bercakap. Okey fine kalau cakap biasa ape aku nak kisah kan, tapi ni cakap yg ala2 manja gitu. Awww, seram mak nokk.

Pastu aku senyap, nak dengar betul2 bunyi ape yg aku dengar tu. Nak konpem la betul ke aku dengar org bercakap kan.

Pastu aku pikir, roomate aku ni bergayut dengan sape pulak? Roomate pertama, takde boipren, gayut dgn mak dia ke tgh2 malam? Roomate kedua, katanye boipren busy, tak boleh tipon dah macam dulu2. Dah tu suara sape?

Ohh, okey. Aku lupe. Aku ada roomate baru. Dan aku rasa loser sbb dah sebulan duduk sebilik pun aku tak penah berkenalan dgn dia. Okey fine aku bukan sombong tapi pemalu okey. Pemalu. *tampar aku cepat*

Dan rupenye roomate aku tu yg tgh bergayut kat telefon. Okey nak buat ape kisah kan, sbb benda normal. Aku serius tak kisah langsung. Normal la weh org bergayut tgh2 mlm kan. Tapi kan.. tapi.. suara dia kuat gile. Hehehe.

Tiba2 aku dapat mesej dari roomate aku,

Roomate : Lame plak la budak ni gayut. Aku nak tido pun tak bole. Dengar sebutir2 ayat yg dia cakap tu.

Aku : Hahahaha.. *kejam kan mesej aku?*

Aku dah tergelak2 dah dalam bilik aku. Sebab aku tau roomate aku ni jenis tido awal. Kalau tido lambat, konpem esok pagi mata macam panda. Dan sekali lagi aku tersengih2 bayangkan mata panda kawan aku tu. Hikhikhik. :)

Nasib kau la ye. Haha. Last2 kawan aku tu turun katil pastu kiteorg makan megi bertiga. Sampai roomate baru aku tu habis bergayut, baru la dia masuk tido. ZzzzZzzzz..

Moral of the story kat sini, pikir la pasal org lain sebelum kita buat sesuatu perkara. Nasihat utk aku jugak okey. :)

Peace no war. :)

Peace no war. :)



Note : Kena kurangkan rasa malu lepas ni.  :)

Monday, February 25, 2013

.catch up.


It's been a while since my last post last year. Lot's of catch up to do tapi malas nak menaip. :p

Things went right and wrong sometimes. Kadang2 it's getting worse.Whatever it is, hati kena tabah, mental kena kuat. :)

Okey, need to sleep. Esok kerja. :)








Note : Yes, it is yet to come. :)