Thursday, April 25, 2013

.true indeed.


Love doesn't need reason. Isn't it?










Wednesday, April 24, 2013

.sahabat.


" Awak kan sahabat saya. :) "

" Sahabat?"

" Kita pasangan dan kita kawan baik. Itulah sahabat namenye. "




Terima kasih sahabat. :)












Note : Ikhlaskan hati.

Sunday, April 21, 2013

.bosan.


Weekend is supposed to be fun right? Tapi aku bosan. Bosan gile weh. Balik dari kelas tambahan tadi aku terus tido sampai petang. Hah, tu la aktiviti aku hari ni. Bosan kan? -__-"

Nak outing pun takde mood. Yang tercinta jauh di mata. Lagi la takde mood aku nak keluar. Apela nasibbbb. :(

Haishhh, kalau la awak dapat posting dekat kan syok. :( Huuuu. Okey tak baik merungut. Terima seadanye. :(

Okey fine aku nak sambung aktiviti bosan aku hari ni. Tengok movie movie dan movie lagi. Bye.


Nak outinggg. Aaaaahhhh!






Note : Busy lagi? :(

Tuesday, April 16, 2013

.merajuk ek?.


Just now aku baru baca blog kawan aku pasal pompuan yg suke merajuk pastu lelaki buat tak reti jeee. Ahaks. Well, aku rasa hal tu memang bende normal yg jadik kat semua pasangan.

Tapi kalau dpt pasangan yang rajin memujuk tu mmg syok la kan. Cuma nak dpt tu yg susah. Haha. :p

Org lelaki ni tak reti nak cakap pasal perasaan dia. Dia tunjuk melalui perbuatan.

Sama la jugak kalau bab memujuk. Oleh sebab tak reti nak pujuk guna mulut a.k.a bg ayat2 manis, diaorg akan bg hadiah or mesej comel2. Depends la. Tapi kalau yg jenis hati batu tu memang aku tak tau la kan. Huuuu. -__-"

Ape2 pun, semua org ade cara yg tersendiri. Kadang2 aku pun geram jugak. Tapi nak buat macam mane. Org lelaki mmg camtu agaknye. Ahaks. :)


Kepada kawan aku yg comel tu, jgn merajuk lama2 ek. Tak comel la nanti. Hehe. :)

Okey nak pergi kerja. Bye.





Note : Busy.

Saturday, April 13, 2013

.hangin satu badan.


Aku tak tau la nak ckp ape lg dah nak bg org paham ape yang aku rase. Ape aku ni cakap jepun ke sampai susah sangat nak paham?

Weh, tolong laaaa beb. Aku ni hari2 menghadap 1001 perangai budak2 kat sekolah tu. Serabut kau tahu tak? Kesabaran aku mmg dah limit sgt setiap kali balik sekolah.

Tapi diaorang tu budak2. Normal la budak2 tak paham ape yg kita ckp. Yang kau pun nak jadi budak2 apehal?

Serius ah aku tak penah rasa marah sampai macam ni. Weh, aku baling henpon aku tau tak! Seumur hidup aku, aku tak penah baling henpon kalau aku marah.

Ape kau ingat henpon ni murah ke nak buat baling2? Tapi sekarang ni sabar aku memang dah sampai limit.

Kau kan... kau... ahhhhhhhhhh!

Shit!








Saturday, April 6, 2013

.kedah.


Masa cuti sekolah hari tu, family aku balik kedah. Lama kot tak balik kampung. Nasib baik aku kenal lagi sawah padi tu mcm mane. Agagaga. *ayat mintak lempang*

Seronok tau tengok sawah padi. Tenanggggg je rase. Agak2 sape yg rase macam dah nak mereng tu mai la datang kedah. Kita pakat dok tgk sawah padi. Konpem esok otak korang terus sihat.

Cantik kan view kat sini.

Oleh sebab aku bukan org kedah, so loghat kedah aku sgt lintang pukang. Aku sgt gigih nak ckp kedah tapi bunyinye macam alien dari pluto aje. Hancusssss.

Takpe2. Akan ku gigihkan lagi usaha itu. I suke org kedah, so I nak belajar ckp kedah dr sekarang. Agagaga. Tampar aku kejap. 

Semua excited nak blk kampung. Hee.




Nah muntahla korang tengok gamba aku. Okey bye. 







Note : Syukur. :)

Friday, April 5, 2013

.otak mereng.


Hari tu otak aku serabut. Sekarang otak aku dah bertukar jadi mereng pulak.

Weh gila kau mane la aku tak mereng, kerja melambak2 tau tak? Tapi takpe, kerja ni kan amanah. :) Pergh ayattttt. Nak sedapkan hati punye pasal. >.<

Nah tengok buku2 anak-anak yg nak kena tanda. Tengok pun rasa sejuk je hati kan? -__-"



Tapi bak kata mak aku, kita kerja kena ikhlas, jgn merungut. Takpe2. Sabarrrrrr. :)

Yg ni pulak meja aku. Oleh sbb buku yg melambak ni, penuh gile meja aku yg kecik ni haa. Nak letak bunge2 comel2 pun tak muat. Heee. :)



Tapi bile pikir2 balik, lagi banyak kerja lagi bagus. Takde la aku nak pikir benda bukan2, yg menyakitkan jiwa raga aku ni haa. Huh.

So, better la otak aku mereng buat kerja dari mereng pasal benda lain kan?

Okey tu je nak cite. Okey bye.






Note: Akhirnya. :)

Thursday, April 4, 2013

.tak reti.


Mai nak tanya sikit. Korang kalau marah ke, sedih ke, korang buat apa? Mengamuk? Bagus. Teruskan tabiat anda.

Aku ni masalahnya kalau tengah marah, berbakul2 aku maki orang tu. Tapi dlm hati je la. Tak pun maki belakang2.

 Nak marah depan2? Memang tak la bebb. Serius tak reti. Eh, silap. Aku reti. Reti buat muka annoying konon2 semoga org tu paham la aku tgh berapi kan.

Kalau sedih lagi la sadis hidup aku. Nangis sorang2, peluk bantal, hentak2 kaki sorang2.

Lepas tu siap karang ayat nak lepaskan perasaan kat org tu, last2 tak cakap pun. Sebab buang air liur je rasa. Malas aku nak bertekak.

Macam sekarang. Aku tengah panas hati. Tapi tak tau nak luahkan macam mana. Aku ni bukan jenis nak cerita A to Z kat orang.

Aku suka simpan sorang2. Sebab ape? Sebab aku tak reti nak bercerita masalah aku. Loser kan?

Memang aku loser pun. Okey bye.



Nah satu gambar loser.





Note : Benci!

Wednesday, April 3, 2013

.takde tajuk.


Sedih. Sedih sangat.


Awak tau tak saya tgh sedih?


Tak. Awak tak tahu kan?


Awak mane?


Balik la cepat. Pleaseee. :(









Tuesday, April 2, 2013

.otak serabut.


Otak aku tengah serabut.

Kerja sekolah banyak gila.

PBS anak2 murid aku tak check lagi, tak masukkan dlm borang lagi. Buku latihan anak2 ni pun aku tak habis tanda lagi.

Lagi lagi, bahan2 mengajar tak siap lagi. Lepas tu exercise untuk anak2 pun tak siap2 lagi.

So, logik kan kalau aku serabut?

Itu je aku nak cakap. Okey bye.







Note : Bile? Bile? Bile?