Sunday, January 30, 2011

.kepenatan.

Hai!!!

Orang lain semua dah balik kampung, tapi saya masih berlegar-legar lagi kat KL ni. Haish, nak buat macam mana, beli tiket lewat.

Tapi sengaja beli lewat, sebab nak lepak dengan my bestfriend dulu. Sekarang ini pun ada kat UM, tidur kat bilik dia, dan esok, meronggeng! Yehaaaaa!

Dan lepas tu, baru balik ke kampung halaman tercinta. Sob sob sob. Cakap pasal kampung-kampung ni, ter-touching pulak. Uhuk! Mak, ayah, kakak, abang, adik-adik, wait for me. =)

Balik kampung kali ini pulak, kawan-kawan terbaik saya dah buat macam-macam plan. Tapi tak tahu lah menjadi ke tidak. Harap-harap jadi lah ye. Tak sabar la nak jumpa diaorang semua. 

So, apa plan korang cuti-cuti ni? Semoga bergembira lah ye!

One for you.

And one for me.

Blink. Blink. Tata!

Note : Today, sangat seronok. =)

Friday, January 28, 2011

.hari untuk bebas yang tak berapa nak ada kebebasan.

Haiii!

Sekarang semua students sibuk pasal nak cuti raya cina. Termasuk lah budak-budak UIA ni haa. Padahal bukan korang pun nak raya, excited pulak terlebih. Sama la kita. Haha..

Tapi sebelum tu ramai yang dah bertungkus-lumus berperang dengan mid terms dan segala assignments yang ada. Dan lepas tu baru la rasa heaveeeen je nak bercuti.

Masalahnya sekarang, sebelum holiday, saya tak ada exam pun, tup-tup after mid break seminggu ini ada pulak kuiz. Kuiz programming pulak tu. Aaahhh, tak rela nyaaah!

Lepas itu, lagi memburukkan keadaan yang dah memang tunggang-langgang, dapat pulak lagi assignment. Ambik kau! Padan muka.

Bajet-bajet boleh la tido kul 3-4 pagi layan cerita dengan adik-adik pastu bangun pagi eh, tengahari kul 12. Tapi nampaknya plan asal tak berapa nak menjadi. Terpaksa la menghadap buku, laptop dan yang sewaktu dengannya cuti ni. Kesiaaaan.

Budak ni malu-malu miauww nak ucap Happy Holiday.

Kepada semua yang nak bercuti, jaga diri, jaga keselamatan, jaga hati, jaga badan dan selamat bergembira okey! Tata!

Note : Mintak-mintak la plan dengan my best friends jadi kali ini. =)

Wednesday, January 26, 2011

.hati senang dan girang.

Haiii!

Hari ini hati riang gumbira walaupun ada yang tak berapa nak gembira sangat sebab tadi lecturer baru je bagi assignment. Aik, dah nak cuti pun nak bagi assignment jugak ke? Aiyoo...

Okey. Berbalik kepada kisah kegembiraan tadi, ingat tak hari Isnin lepas kasut saya yang penuh dengan nilai-nilai estetika dan tak lupa juga nilai sentimental yang tak dapat dilupakan dah kena curik dengan pencuri bangang tu?

Jadi, disebabkan jumlah kasut yang banyak tapi satu pun tak boleh bawak pakai pergi kelas, hari ini saya sudah dapat sepasang kasut ganti. =)

Dan disebabkan kasut tu jugak la saya lambat pergi kelas tadi. Huhu.. Sorry banyak-banyak ye sir. Mungkin bagi orang lain kasut tu tak la cantik dan mahal mana pun tapi  tak apa la. Yang penting saya suka. Janji boleh pakai dan selesa kan. Dan yang penting ada sentimental value.

Tak pernah ada kasut pink. Aiseh, tapi kena pakai jugak.
Tak kisah la. I like it.


Terima kasih di atas bantuan itu.

Lepas ini kena la jaga kasut elok-elok. Dah trauma rasa nye dua pasang kasut dah kena curik. Korang pun beware okey. Pencuri ada dimana-mana!

Note : Kenapa perlu ada kuiz? Oh, tidaaaaaaak!

Tuesday, January 25, 2011

.what a beautiful number.

3 years 2 months 3 weeks 2 days.


It's such a beautiful number. It's really, really nice. Please. Can we make it longer, and longer, and longer?Until it is countless yet we can still remember how we first met.Hey, can you please be mine forever? Oh, scratch that. May I be yours till the end of my life?

Note : Mood jiwang. Sila sepak saya. *dush!

Monday, January 24, 2011

.bengang gila.

Ini post yang agak kasar dan tanpa tapisan.

Seriously hari ini bengang gila nak mampus dengan pencuri kasut yang sangat lah bodoh dan bangang yang memang agaknya tak ada akal sebab dah curi kasut aku.

Pagi tadi bangun nak pergi basuh baju, tiba-tiba hati tergerak nak tengok kasut kat rak. Hah?! Mana kasut aku? Tak ada okey! Bodoh! Sapa pulak la manusia bangang yang dah curi kasut  aku ni. 

Kasut tu baru je beli 2 minggu lepas. Ada sentimental value pulak tu. Mana la tak hangin satu badan. Gila stress rasa nye sampai nangis-nangis dah tadi.
Dah kali kedua pulak tu kasut kena curi. S**l la pencuri ni. Mintak-mintak la kaki kau kurap-kurap. Tak pun nanah-nanah sampai kau tak boleh pakai kasut dah lepas ni.

Lepas ni terpaksa la menapak pergi kelas pakai kasut lama. Tension nye!

Note : Dalam hati tak habis lagi sumpah seranah budak pencuri yang bangang tu.

Saturday, January 22, 2011

.just some piece of advices.

Haii!

Hari ini tak ada mood nak buat apa-apa, so blogging la jawabnya kan. Macam tajuk entry kat atas, kali ini saja la nak memperingatkan diri sendiri dan jugak siapa-siapa yang rasa diri dia perlu diingatkan. Ape la aku merepek ni.

Kadang-kadang dah memang nature manuisa ni suka mengata orang lain. Tak kisah la dia kenal ke, tak kenal ke, aci sebat je. Dah memang feeling mengumpat tu syok kan. Apa lagi, seronok la mulut tu pot pet pot pet.

Bagi saya la kan, tak kisah la kalau kau tak suka mamat atau mana-mana minah ni kan, kau nak kutuk perangai gedik dia ke, ngada-ngada ke, lantak kau la kan.

Tapi tolong la, sekali lagi, tolong la, jangan la nak kutuk-kutuk pasal fizikal dia. Tak kisah la orang tu gemuk ke, banyak jerawat, muka leper, gigi rongak, apa-apa je la.

Korang pun tau kan, semua orang nak cantik, hensem, menawan dan tertawan. Tak ada manusia normal dalam dunia ni nak rupa macam tu. Itu semua kurniaan ALLAH. Tak boleh nak ubah-ubah dah.

So, jangan la nak gelakkan dia, atau kutuk dia semata-mata atas keadaan fizikal yang dia sendiri pun tak nak tapi terpaksa terima. Kalau nak mengumpat pasal perangai buruk dia, ikut suka korang la.

Cuba bayangkan kalau ada orang cakap muka korang buruk? Apa perasaan? Bengang kan. Sebab muka dah memang macam tu, nak ubah macam mana lagi.


Sekian.

Note : Loser la kau!