Wednesday, March 13, 2013

.mari mari membaca.


Kalau cakap pasal membaca, aku memang gile baca novel. Kadang2 kalau novel tu best, sehari tak tido pun aku sanggup. Janji dapat baca sampai habis.

Dan ini adalah novel2 terbaru yg aku beli. Jeng jeng jeng..

Sila abaikan front page yg ehem2 tu. Hehe. :)

Dua novel dari Nicholas Sparks and 1 dari Miranda Dickinson. Semua ni aku beli guna voucher. Hahaha. Sebab novel English mahal gile tau. Lebih kurang RM30++. Sebab aku ni jenis kedekut berjimat, aku beli pakai voucher je la. Hehe. :)

Dan lagi 2 novel aku baru je beli sebab ade book sales kat UIA. Dan bila cakap pasal sales, of course la harga dia murahhhhhh. Gila kau kalo tak beli? Rugi tau takkk.

Just bought. :)

Yes yes yes! Dorothy Koomson adalah writer favourite aku. Sama as Nicholas Sparks. Serius happy gile tau dapat beli novel diaorang. Yeayyyy!

Yang paling syok sbb dapat beli dgn harga yg sgt murahhhhh. Bayangkan novel yg harga asal RM89.90 aku dpt beli dgn harga RM19.90 je. Mau tak rambang mata aku tgk semua novel2 kat situ. Last2 dua je aku beli. Jadilaaaa. Jangan tamak. Heee. :)

Tapi oleh sebab aku takde masa, semua novel2 kat atas ni aku baru sempat baca 1 je. Tu pun tak sampai separuh lagi. Busy tau tak. Dah tak sempat nak menghadap novel. Okey memang sgt loser. Huwaaaa..

Okey fine jgn jadi macam aku. Mari mari kita membacaaaaa. :)


Note : Risau sangat.

Tuesday, March 12, 2013

.bergayut?.


Tengah aku kusyuk buat kerja, masa tu jam lebih kurang pukul 12 malam, aku terdengar sayup2 orang bercakap. Okey fine kalau cakap biasa ape aku nak kisah kan, tapi ni cakap yg ala2 manja gitu. Awww, seram mak nokk.

Pastu aku senyap, nak dengar betul2 bunyi ape yg aku dengar tu. Nak konpem la betul ke aku dengar org bercakap kan.

Pastu aku pikir, roomate aku ni bergayut dengan sape pulak? Roomate pertama, takde boipren, gayut dgn mak dia ke tgh2 malam? Roomate kedua, katanye boipren busy, tak boleh tipon dah macam dulu2. Dah tu suara sape?

Ohh, okey. Aku lupe. Aku ada roomate baru. Dan aku rasa loser sbb dah sebulan duduk sebilik pun aku tak penah berkenalan dgn dia. Okey fine aku bukan sombong tapi pemalu okey. Pemalu. *tampar aku cepat*

Dan rupenye roomate aku tu yg tgh bergayut kat telefon. Okey nak buat ape kisah kan, sbb benda normal. Aku serius tak kisah langsung. Normal la weh org bergayut tgh2 mlm kan. Tapi kan.. tapi.. suara dia kuat gile. Hehehe.

Tiba2 aku dapat mesej dari roomate aku,

Roomate : Lame plak la budak ni gayut. Aku nak tido pun tak bole. Dengar sebutir2 ayat yg dia cakap tu.

Aku : Hahahaha.. *kejam kan mesej aku?*

Aku dah tergelak2 dah dalam bilik aku. Sebab aku tau roomate aku ni jenis tido awal. Kalau tido lambat, konpem esok pagi mata macam panda. Dan sekali lagi aku tersengih2 bayangkan mata panda kawan aku tu. Hikhikhik. :)

Nasib kau la ye. Haha. Last2 kawan aku tu turun katil pastu kiteorg makan megi bertiga. Sampai roomate baru aku tu habis bergayut, baru la dia masuk tido. ZzzzZzzzz..

Moral of the story kat sini, pikir la pasal org lain sebelum kita buat sesuatu perkara. Nasihat utk aku jugak okey. :)

Peace no war. :)

Peace no war. :)



Note : Kena kurangkan rasa malu lepas ni.  :)

Monday, February 25, 2013

.catch up.


It's been a while since my last post last year. Lot's of catch up to do tapi malas nak menaip. :p

Things went right and wrong sometimes. Kadang2 it's getting worse.Whatever it is, hati kena tabah, mental kena kuat. :)

Okey, need to sleep. Esok kerja. :)








Note : Yes, it is yet to come. :)

Tuesday, July 10, 2012

.senamrobik 1murid 1sukan.


Hari ni sekolah kat satu Malaysia ade senamrobik 1murid 1sukan. Oleh sebab kami cikgu2 praktikum ni masih muda remaja dan gojes, kiteorg dibagi tugas untuk jadi instructor senamrobik. Mak aiiii. Mula2 dengar ternganga gak mulut. Masing2 blur je tak tau nak buat apa. Last2 dengan adenye semangat teamwork (ecececehh, over kann.) kiteorg berjaya jugak selesaikan tugas yg sekolah bagi.

Seminggu berlatih petang2 buat aku rasa lembik. Penat gile sampai rasa mcm nak give up. Kami combine lagu2 yg best2. Semua lagu kiteorg hentam, hindustan, english, melayu, jepun, macam2 laaa. Haa, ape lagi. Gelek sakan laaa cikgu2 dgn students semua. Haha.

As for me, benda ni jadi kenangan terindah masa aku buat praktikum kat sini. Bekerjasama dgn cikgu2 praktikal dari UPSI memang sangat awesomeee. Mereka sempoi dan ceria sangatttt. Seronok! Haha.

Malas nak taip panjang2. Let's pictures tell the story. Have fun scrolling!

Kena pakai baju pink. Tak kesah laa. Layannnn.

Cikgu2 praktikal yang comel2.

Sebelum senamrobik start.

With Miss Ching. Baju harus sama. Haha.

Semangat!

Students yg banyak membantu. Sayaaang kamu semua!

Semua main hentam je step ape pun. Haiyaaa.

Lepas senamrobik ada sukan tarik tali pulak.

Cikgu2 duduk sebab dah tak larat nak berdiri.
Step ape pulak yg korang buat ni. Haha. Layannn.
Cikgu lelaki pun comel2 je. Haha.

Cikgu tak matang. Haha.


Cikgu tak matang kuasa dua.
Cikgu kurang matang.


Kamera banyak sgt. Aku pun tak tau nak pandang yg mana. Haha.

Banyak sangat gambar sampai ratus2. Kang kalau aku upload semua, korang muntah pulak tengok. Haha. Ape2 pun, hari ni sangat best! Yuhuuuuuu!

Sekian.


Note : Serabut.

Thursday, July 5, 2012

.terjumpa.


Terjumpa gambar ni kat fesbuk.


Am I strong enough?



Wednesday, June 27, 2012

.entah.


Sekarang ni semua orang tengah mood practicum. Same goes with me. Cikgu yang buat ROS ni memang takde keje sangat nak buat. Aku rasa macam untung sikit sebab daftar masuk sekali dengan 7 org cikgu praktikal dari UPSI. Nasib baik semua pompuan. Senang nak gosip. Muahaha.

Rasa macam mencabar pulak pergi sekolah sebab nak handle students yang kadang2 macam melampau sikit. Pantang nampak cikgu muda, mula la nak kacau. Geram betul. Nasib baik aku pikir rasional, takpe2, diaorang tak matang lagi, rilek2. Fuhh.

Rugi rasanye kalau tak guna peluang yang ada ni untuk get the real experience in school. Even rasa macam takde keje, kena la cari keje. Tanya cikgu, sembang2 sikit, join program sekolah, even tak banyak sangat tapi jadi la daripada takde langsung kan. Haha. Layann.

Cikgu praktical yang lagi 7 org tu pun boleh ngam jugak. At least kalau boring ade jugak kawan aku nak menyembang. Haha. Ape2 pun seronok la dok kat sekolah ni. Baru 3 days, hopefully after this masih seronok macam 2,3 hari lepas.

Jalan2 shopping2 dengan abg. Hehe.

Okey fine aku pun dah tak tau nak merepek ape. Sekian.


Note : Missing you. =(