Hai guys!
Hari tu bosan sangat duduk kat bilik sebab tak de kelas. So, dah alang-alang boring tu, bukak la laptop nak edit-edit gambar ke, tengok-tengok gambar lama ke. Tiba-tiba ternampak satu folder yang dah berkurun simpan dalam laptop.
Nak tau folder tajuk ape? 'PLKN'. Waa.. Syoknye lah ai. Korang dapt pegi PLKN tak? Best tau. Saya dapat kat Kem Etnobotani, Gua Musang Kelantan. Jauh gila dari Perak wa cakap luu.
First week kat sana memang homesick sangat-sangat. Yela, orang tak penah duduk asrama kan. Mana penah jauh dari family. Kan kat dalam kem tak dapat pegang henpon kan, so henpon tu pihak kem yang simpan. Time weekend baru kitaorang dibenarkan guna henpon.
Bila dapat je henpon tu, terus topup pastu telefon ayah. Nangis-nangis. "Ayah, kat sini tak best. Nak balik umah. Uwaaa..". Kesian ayah sebab kena layan anak dia yang mengada-ngada ni.
Tapi, masuk 2nd week duduk kat kem, pergh, best gila! Aktiviti dia memang best. Bangun pagi kul 5.30 pagi, pastu kul 6.30 ade baris, pastu physical training (PT), kelas, kawad kaki, sukan, flying fox, berakit, masuk hutan, aish, macam-macam lagi lah! Memang seronok gila sampai rasa 3 bulan tu kejap je. Yang paling best sebab makan 6 kali sehari. Haha.. Mana la badan tak mengembang.
Penat la nak taip panjang-panjang. Mari tengok gambar saya zaman muda-muda dulu. Hehe.. Mari Mari.
1,2,3,4.. Saya yang no 4 tuu..
Dalam kelas modul ape ntah. Lupa sudaa..
Cik Ika di sebelah kanan anda ye.
Time sukan.
Nama kompeni saya, Ranger. Go, go, Ranger!
Waktu gotong-royong. Saya yang sebelah kanan tu. Hehe..
Hari keluarga. Gelap sungguh kulit budak yang tak pakai spek ni. Ish..ish..ish..
Flying fox!
Muka excited gila lepas habis buat flying fox.
Menembak guna M-16. Best gila.
My chinese-dormmate. Sally.
Oh, rindunya kat dormmates saya ni. Huhu..
Panjang je entry kali ni. Hehe.. Okey. Sekian. =)
Note : Frienship tak pernah putus even dah habis PLKN. Still contact and jumpa kawan-kawan yang rapat. Miss them!
No comments:
Post a Comment