Friday, March 18, 2011

.hari malang sedunia.

Selamat pagi semua!

Ye. Pagi. Pagi sangat la aku update menda alah blog ini sebab ada kejadian malang yang jadik tadi. Okey, straight to the point. Tak payah nak bermadah segala la Ikaaa...

Last 2 days Ustaz (kelas Tilawah) mesej and cakap nak buat kelas ganti hari Jumaat (hari ini la) pukul 8-9 pagi. Sebab tak nak lagi dah overslept macam last week, saya pun gigih la nak tido awal. Pukul 2.30 pagi dah naik katil dah. *pada saya, tidur pukul 2.30 pagi itu adalah sgt awal.

Lepas itu pulak, kunci jam gila punya awal la sebab takut kang pagi-pagi tak sedar diri. Dan overslept lagi. Siap pesan kat encik segala suruh kejut awal hari ini. Semangat nak pergi kelas. Tak mau ponteng-ponteng dah.

Jam 6.40 pagi : Henpon berbunyik mintak diangkat dan dibelai-belai. Oh, terima kasih encik kerana menjalankan tanggungjawab anda. Tapi awal lagi ini. Tido dulu la.

Tiba-tiba terjaga, tengok jam kat henpon, pukul 8.30 pagi! Aaaahhhh! Gigih berlari pergi toilet capai ubat gigi, berus gigi dan pencuci muka. Gosok-gosok gigi dengan rakusnya. Okey, tak sempat cuci muka. Mandi? Lagi la tak sempat! Ah, lantak. Lari-lari balik bilik pakai baju kurung.

Nasib baik dah iron baju malam tadi. Tudung pulak, terima kasih pada tudung instant. Memang tabik spring la kat siapa siapa yang reka tudung ini.

Ambik Tafsir Quran, buku nota, pencil case, henpon, masuk dalam beg. Tempek bedak kat muka, lip ice sikit. Okey, go! Berlari-lari maraton pergi kelas.

Sampai kelas dengan ketiak yang melekit berpeluh dan nafas tercungap-cungap. Pastu redah ketuk pintu, masuk kelas, tengok ustaz, "Maaf ustaz, saya terlewat bangun."

Ustaz memandang dan tersenyum. "Awak section berapa ini?". Saya jawab, "Section 55". Serius masa ini muka dah blur. Apsal muka ustaz aku ni lain. Ini ustaz ganti ke apa.

Dan ustaz jawab, "Ini bukan section 55, ini section 42." Salah kelas rupanya. Padan muka aku. Main terjah je. Lepas itu gelabah jugak la cari ustaz and classmates yang lain kat kelas area masjid itu, tapi tak jumpa.

Mesej kawan tapi pukul 9 lebih baru berbalas. Memang malang nasib hari ini. Dah la pergi kelas tak mandi, berlari-lari buat maraton, pastu salah masuk kelas. So pathetic. Oh. Oh. Demm.

Pengajaran untuk hari ini : Sila jangan ambik kelas pukul 8 pagi lepas ini. Tak mampu nak bangun awal. =(

Sekian.

Note : Kepala pening sebab bangun mengejut. Demm.

2 comments:

moon said...

haha...sian gler kt ko ika..
ish...bngun awi jgn tdo blk..=)

ikA'z said...

tak boleh. tido sampai tengahari tu wajib ye. hahaha...