Monday, November 14, 2011

.malang bertimpa-timpa.

Hai semuaa!!!

Kalau korang tengok tajuk kat atas tu konpem-konpem la aku nak cite pasal cite sedih aka malang kan. Benda ni jadi semalam, on my way back to UIA.

Oleh sebab kemalasan terlampau, aku decide beli tiket bas petang untuk balik UIA. Biasa balik pagi-pagi, tapi sebab isnin tak de kelas, nak la ngade2 sikit balik lambat.


Al kisahnya, lepas cousin aku hantar aku pergi stesen bas, aku pun tunggu la bas sorang-sorang kat situ. Rasa macam diri ni terpinggir sebab selama ni mak dgn ayah ada temankan sampai bas datang. Tapi semalam tak dapat nak teman. Okey, time ni aku dah rasa cam down je.


Bile bas datang, cepat-cepat masuk dalam bas dan dalam aku nak pergi kat seat aku kat bahagian belakang bas tu, aku dengar bunyi kain tercarik. Then aku tersekat, tak boleh jalan. Bila aku tengok je kat bawah, MasyaALLAH! Baju aku koyakkkk! Tersangkut kat handle seat bas tu. Arghhhh! Baju tu favourite aku kot. So, terpaksa la aku teruskan perjalanan dengan pakai baju koyak. Besar gila plak tu koyaknye. Gile ah. Tak pasal-pasal plak aku balik Gombak pakai baju koyak. Malu gile kottt.

Then pastu sepatutnye bas aku stop kat KL Sentral. So, dari situ senang la aku naik lrt terus sampai Gombak. Tapi apehal plak tiba-tiba pakcik bas tu terus je drive sampai Pudu. Hahh?? Time tu aku memang bengang tahap gaban la, gila apa kau nak kena nak tren sampai 2 trip plak. Plaza Rakyat ---> Masjid Jamek, then tukar lrt Masjid Jamek ---> Gombak. Hoiii, beg aku banyak kot. Dengan beg roda segala. Memang time tu aku stress gila la.

Sampai je kat stesen bas pudu, terus carik toilet. Then, masuk je toilet terus nangis-nangis. Okey, fine. Aku memang senang je nak nangis. Even untuk benda-benda simple macam ni. Lepas basuh muka semua pun aku dok nangis lagi. Aishh, air mata ni senang betul nak kuar. Ape la malang nasib aku semalam.

Then sampai je UIA, rasa macaam nak pengsa. Penat wooo. Pastu nak kena finalize assignment sebab nak kena hantar hari ni. Kena stay up la plak. Haissshhh!

Pastu encik cinta plak bagi news yang kurang menggembirakan. Okey air mata, it's time for you. Again. Uwaaaaa! Ape la nasib. =(

Dan sekian saja cerita malang aku. Bila ingat-ingat balik, rasa macam bangga pulak sebab aku dah berjaya harungi satu hari yang malang dengan tabah. Haha. 'Tabah' la sangatttt.

Note: Sabar itu indah.


No comments: