Thursday, December 22, 2011

.dissapointed!.

I wish I could make it. Pergi majlis tunang kawan baik aku. Dah kenal start dari sekolah rendah, dari zaman berhingus, rambut serabai sampai la zaman dah reti mekap, dah tak layan tudung bawal tapi belit2 shawl satu kepala.

Memang nak pergi sangat-sangat. Tapi sebab busy gila nak final exam, I can't make it. Sedih. =(

Then, nak jumpe my younger brother before dia pergi plkn 1/1/2012 ni. Tapi tak dapat jugak. Sedih la. Plkn tu 3 bulan, lama kot. Nanti mesti rindu kat budak yg perasan gemok tu. Padahal badan kurus keding.

Pastu sibuk nak shape rambut konon2 nak nampak stail, nak jaga makan tak nak bagi gemok, tak nak makan makanan berlemak la konon. Padahal apa yang aku masak dia hentam tak ingat dunia jugak. Ceh.

Serius rindu gila nak balik rumah. Tapi dah busy nak buat macam mane. Mak pun cakap, kalau busy sangat tak payah balik. Nanti badan penat. Perak tu bukannye dekat. Okey, fine. #nangis.


Sekian.

Note : Serabut gila baban. Sorry dear if I can't make it. =(

Thursday, December 15, 2011

.thursday.

Just found this super duper very nice, nicer, nicest picture on the web. ^_^

It happens when the guy keep asking you silly questions to make sure you're doing fine yet still asking ur opinions about his life decisions. ^_^


Note : Life is about up and down. =)

Wednesday, December 14, 2011

.muzium negara.

Hai semua!!!

Hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku pergi muzium negara. Okey, aku tau, aku tau, korang cakap aku lame gila sebab baru nak jejak kaki kat sana padahal org lain dah berzaman dah sampai.

Well, aku bukan org KL mahupun selangor, aku org perak. Jadi haruslah aku baru sampai kan? Muahaha. Alasan kurang logik di situ.
Alkisahnya, hari tu dalam kelas, ade lecturer aku tanye, ade sape2 tak yg pernah tengok meriam? Aku pun dengan bangganye angkat tangan. Time tu ada gak la 2,3 org pun angkat tangan jugak.

Pastu lecturer aku tanya lagi, "okey, how it looks like?". Hah? Macam mane? Macam meriam la. kan?  tapi sebenarnya meriam tu macam mane? Aku pernah tengok dalam gambar je. Live tak pernah la. Huu. Dan aku blur. 

Pastu dia suruh lagi angkat tangan untuk sape sape yg pernah tengok meriam. Then aku tak angkat tangan dah. Surrender. Sebab aku tak tau camne nak explain pasal meriam tu. Haha. Loser kan.

Dan bila aku menceritakan kekecewaan aku yang jadi budak loser sebab tak pernah tengok meriam,  sambil menggelakkan aku dgn kejamnye, en.mzh ajak pergi muzium negara. Kat sana banyak meriam katanye. Yeayyyy!!

Dan kat bawah ni gambar-gambar aku kat sana. Have fun scrolling! =)

Ini lah meriam in case kalau korang tak kenal. hahaha. *pang.


Tempat peraduan dalam istana.



Istana 1

Replika kapal karam.

Replika kapal yang tak karam. haha.

Lupe la. ape ntah nama benda ni. Tapi yg dari zaman dulu2 la. Dah berkarat semua.
Orang zaman purba. Patung je, tapi macam real. Nice!

Kat belakang tu baju pameran dari Raflesia. Yang harga juta-juta,ribu-ribu tuu.


Nice view.
Thanks love.

Basikal tentera jepun.



Yeay! Meriam lagi. haha.

Okey, semua! Jangan lupa datang Muzium Negara tau!

Sebenarnya banyak lagi gambar. Dekat 200 keping jugak la. Tapi macam mengada la kan nak tempek semua kat sini. So, itu aje la yang aku mampu upload. 

So, guys, jangan lupa datang kat sini okey. Cantik gila tempat ni. Serius. Tak tipu. Hehe. 

Sekian.



p/s : Rasa happy bila buat benda yang kita ikhlas nak buat.

Saturday, November 26, 2011

.done!.

Hai semuaa!!!

Finally, berakhir sudah 2 minggu yang sangat menyeksakan bagi aku. Dua minggu yang hectic gila. Ada mid term exam, nak kena submit lesson plan, nak kena buat instructional aids, nak kena prepare untuk microteaching, study untuk quiz, meetings yang berlarutan, program dengan budak2 sekolah. 

Fuhh, penat gila tau tak. Masa tidur memang berterabur la. Eyebag tak payah cakap la. Dari jauh orang boleh nampak. Sebab tu sekarang ni aku gigih jugak pakai eyeliner pergi kelas. At least boleh tutup sikit eyebag aku. Tapi tutup sikit je la. Huhu.

And I'm glad now it's over. Tapi tak de la sampai aku tak ade assignment langsung, tapi berkurang la. At least petang-petang boleh la tido kejap. Kalau tak, nak tido pun pikir 2, 3 kali. Takut tak sempat siapkan assignment, takut tak sempat study. Fuh, fuh. Tak tenang hidup.


Tapi my mum pesan, jangan tension sangat, kena tenang je. Pastu jangan nangis. Buat kerja elok-elok.  Doa banyak-banyak. Mak sentiasa doa dari jauh. Huhu. Okey. Tak tension, tak nangis dah. Thank you mum! Miss all of you sooo much. 

Lega sikit rasenye bila banyak benda dah settle. Boleh la bermalas-malasan sambil tengok movie lepas ni. Haha. Sukeeee!

Note : I miss you too. =)

Monday, November 14, 2011

.malang bertimpa-timpa.

Hai semuaa!!!

Kalau korang tengok tajuk kat atas tu konpem-konpem la aku nak cite pasal cite sedih aka malang kan. Benda ni jadi semalam, on my way back to UIA.

Oleh sebab kemalasan terlampau, aku decide beli tiket bas petang untuk balik UIA. Biasa balik pagi-pagi, tapi sebab isnin tak de kelas, nak la ngade2 sikit balik lambat.


Al kisahnya, lepas cousin aku hantar aku pergi stesen bas, aku pun tunggu la bas sorang-sorang kat situ. Rasa macam diri ni terpinggir sebab selama ni mak dgn ayah ada temankan sampai bas datang. Tapi semalam tak dapat nak teman. Okey, time ni aku dah rasa cam down je.


Bile bas datang, cepat-cepat masuk dalam bas dan dalam aku nak pergi kat seat aku kat bahagian belakang bas tu, aku dengar bunyi kain tercarik. Then aku tersekat, tak boleh jalan. Bila aku tengok je kat bawah, MasyaALLAH! Baju aku koyakkkk! Tersangkut kat handle seat bas tu. Arghhhh! Baju tu favourite aku kot. So, terpaksa la aku teruskan perjalanan dengan pakai baju koyak. Besar gila plak tu koyaknye. Gile ah. Tak pasal-pasal plak aku balik Gombak pakai baju koyak. Malu gile kottt.

Then pastu sepatutnye bas aku stop kat KL Sentral. So, dari situ senang la aku naik lrt terus sampai Gombak. Tapi apehal plak tiba-tiba pakcik bas tu terus je drive sampai Pudu. Hahh?? Time tu aku memang bengang tahap gaban la, gila apa kau nak kena nak tren sampai 2 trip plak. Plaza Rakyat ---> Masjid Jamek, then tukar lrt Masjid Jamek ---> Gombak. Hoiii, beg aku banyak kot. Dengan beg roda segala. Memang time tu aku stress gila la.

Sampai je kat stesen bas pudu, terus carik toilet. Then, masuk je toilet terus nangis-nangis. Okey, fine. Aku memang senang je nak nangis. Even untuk benda-benda simple macam ni. Lepas basuh muka semua pun aku dok nangis lagi. Aishh, air mata ni senang betul nak kuar. Ape la malang nasib aku semalam.

Then sampai je UIA, rasa macaam nak pengsa. Penat wooo. Pastu nak kena finalize assignment sebab nak kena hantar hari ni. Kena stay up la plak. Haissshhh!

Pastu encik cinta plak bagi news yang kurang menggembirakan. Okey air mata, it's time for you. Again. Uwaaaaa! Ape la nasib. =(

Dan sekian saja cerita malang aku. Bila ingat-ingat balik, rasa macam bangga pulak sebab aku dah berjaya harungi satu hari yang malang dengan tabah. Haha. 'Tabah' la sangatttt.

Note: Sabar itu indah.


Thursday, November 3, 2011

.wow, hati berbunge-bungeee.



 HAPPY 4TH ANNIVERSARY,

SPECIAL TO MR.MZH


Note : I'm here waiting for you. =)