Saturday, November 26, 2011

.done!.

Hai semuaa!!!

Finally, berakhir sudah 2 minggu yang sangat menyeksakan bagi aku. Dua minggu yang hectic gila. Ada mid term exam, nak kena submit lesson plan, nak kena buat instructional aids, nak kena prepare untuk microteaching, study untuk quiz, meetings yang berlarutan, program dengan budak2 sekolah. 

Fuhh, penat gila tau tak. Masa tidur memang berterabur la. Eyebag tak payah cakap la. Dari jauh orang boleh nampak. Sebab tu sekarang ni aku gigih jugak pakai eyeliner pergi kelas. At least boleh tutup sikit eyebag aku. Tapi tutup sikit je la. Huhu.

And I'm glad now it's over. Tapi tak de la sampai aku tak ade assignment langsung, tapi berkurang la. At least petang-petang boleh la tido kejap. Kalau tak, nak tido pun pikir 2, 3 kali. Takut tak sempat siapkan assignment, takut tak sempat study. Fuh, fuh. Tak tenang hidup.


Tapi my mum pesan, jangan tension sangat, kena tenang je. Pastu jangan nangis. Buat kerja elok-elok.  Doa banyak-banyak. Mak sentiasa doa dari jauh. Huhu. Okey. Tak tension, tak nangis dah. Thank you mum! Miss all of you sooo much. 

Lega sikit rasenye bila banyak benda dah settle. Boleh la bermalas-malasan sambil tengok movie lepas ni. Haha. Sukeeee!

Note : I miss you too. =)

Monday, November 14, 2011

.malang bertimpa-timpa.

Hai semuaa!!!

Kalau korang tengok tajuk kat atas tu konpem-konpem la aku nak cite pasal cite sedih aka malang kan. Benda ni jadi semalam, on my way back to UIA.

Oleh sebab kemalasan terlampau, aku decide beli tiket bas petang untuk balik UIA. Biasa balik pagi-pagi, tapi sebab isnin tak de kelas, nak la ngade2 sikit balik lambat.


Al kisahnya, lepas cousin aku hantar aku pergi stesen bas, aku pun tunggu la bas sorang-sorang kat situ. Rasa macam diri ni terpinggir sebab selama ni mak dgn ayah ada temankan sampai bas datang. Tapi semalam tak dapat nak teman. Okey, time ni aku dah rasa cam down je.


Bile bas datang, cepat-cepat masuk dalam bas dan dalam aku nak pergi kat seat aku kat bahagian belakang bas tu, aku dengar bunyi kain tercarik. Then aku tersekat, tak boleh jalan. Bila aku tengok je kat bawah, MasyaALLAH! Baju aku koyakkkk! Tersangkut kat handle seat bas tu. Arghhhh! Baju tu favourite aku kot. So, terpaksa la aku teruskan perjalanan dengan pakai baju koyak. Besar gila plak tu koyaknye. Gile ah. Tak pasal-pasal plak aku balik Gombak pakai baju koyak. Malu gile kottt.

Then pastu sepatutnye bas aku stop kat KL Sentral. So, dari situ senang la aku naik lrt terus sampai Gombak. Tapi apehal plak tiba-tiba pakcik bas tu terus je drive sampai Pudu. Hahh?? Time tu aku memang bengang tahap gaban la, gila apa kau nak kena nak tren sampai 2 trip plak. Plaza Rakyat ---> Masjid Jamek, then tukar lrt Masjid Jamek ---> Gombak. Hoiii, beg aku banyak kot. Dengan beg roda segala. Memang time tu aku stress gila la.

Sampai je kat stesen bas pudu, terus carik toilet. Then, masuk je toilet terus nangis-nangis. Okey, fine. Aku memang senang je nak nangis. Even untuk benda-benda simple macam ni. Lepas basuh muka semua pun aku dok nangis lagi. Aishh, air mata ni senang betul nak kuar. Ape la malang nasib aku semalam.

Then sampai je UIA, rasa macaam nak pengsa. Penat wooo. Pastu nak kena finalize assignment sebab nak kena hantar hari ni. Kena stay up la plak. Haissshhh!

Pastu encik cinta plak bagi news yang kurang menggembirakan. Okey air mata, it's time for you. Again. Uwaaaaa! Ape la nasib. =(

Dan sekian saja cerita malang aku. Bila ingat-ingat balik, rasa macam bangga pulak sebab aku dah berjaya harungi satu hari yang malang dengan tabah. Haha. 'Tabah' la sangatttt.

Note: Sabar itu indah.


Thursday, November 3, 2011

.wow, hati berbunge-bungeee.



 HAPPY 4TH ANNIVERSARY,

SPECIAL TO MR.MZH


Note : I'm here waiting for you. =)

Thursday, June 30, 2011

.semua dalam satu.

Haiii!!!


Yes! Yes! Yes! Exam dah habis. Dan sekarang masa untuk movies marathon okey. Lepas tu packing baju dan bercutiiiiiii! Haha. Gedik gile okey. Most of my roomates dah balik (padahal roomates 4 orang je kan) so rasa macam agak bosan la duduk dalam bilik tanpa apa-apa motif.

Totty plak dah bagi kat my friend mintak tolong dia jaga. Kesian pulak nak bawak budak comel tu naik bas. Lemas dia kang. Sedih jugak la nak berpisah dengan Totty, tapi nak buat macam mana. I had to. Huhu.


Masa 1st day dapat Totty. Thanks love!


Then, I did a lot of thinking, then I decided to let go of the past. Bak kata orang, let bygone be bygone. Semua orang ada kekurangan masing-masing, so why don't we just forgive them je kan. Aku pun banyak kekurangan jugak, so rasenye macam tak adil nak menghukum orang lain. Cuma harapnye, tak jadi lagi la lepas ni.


Senyum, tak perlu kata apa apa, senyum. Haha.


Aik, tadi rasenye macam banyak nak cerita tapi tiba-tiba dah tak tahu nak cerita ape. Huhu. Dan tiba-tiba rasa macam sebak je, rase rinduuu je. Haiyaaa.


Gambar ni tak de caption.


Okey, enough merepek. Kang makin melalut, makin banyak plak benda yang tak sepatutnye ditulis, tiba-tiba tertaip pulak kat sini. Haha. Selamat bercuti untuk yang bercuti, selamat belajar untuk yang tak cuti lagi, selamat berkerja untuk semua pekerja, dan selamat berbahagia ye anda semua. Haha.

Sekian.

Note : Sedih wooo. Gembira pun ade, tapi sedih jugak.

Monday, June 27, 2011

.it's just a word.

Mood sekarang,



BENGANG





Thursday, June 23, 2011