Haiiii!
Hari Selasa macam ni saya memang tak ada kelas dari pagi sampai petang. Malam saja yang ada. Itu pun kul 8.30-10pm. So, apa lagi, aktiviti masa lapang kan -blogwalking.
Pastu singgah la kat blog cik hanna ni, pastu terbaca la yang cik hanna ada komen pasal mitos saya pasal bila merak akan kembangkan kepak dia tu. Kalau nak tau yang mana, tengok entry ini. Nak tau mana saya dapat mitos tu? Tak lain tak bukan mesti la dari encik askar.
Ceritanya macam ni. Time tengah jalan-jalan kat taman burung tu, ternampak la sekor merak ni tengah berlegar-legar kat taman tu. Pastu saya dengan excitednya mengarah beliau suruh ambik gambar sebab merak kan cantik kan..kan..
Tapi merak ni spoil la, payah jugak la nak bergambar dengan dia, kena kejar-kejar sikit sebab dia suka main lari-lari pastu yang lagi spoil, dia tak nak kembangkan kepak dia yang cun melecun tu.
Ni la merak yang bajet-bajet cun tak nak kembangkan kepak tu.
Pastu saya pun ada la tanya encik askar dengan perasaan kecewa yang agak menebal. "Kenapa ek merak ni tak nak kembangkan kepak dia? Dah tak cantik nak ambik gambar kan..kan.."
Pastu jawapan dia. "Oh, sebab merak ni dia just kembangkan kepak dia bila rasa nak bersaing dengan benda-benda cantik je. Kihkihkihkih.." Dan beliau senyum-senyum, ketawa-ketawa tanpa perasaan bersalah.
Mula-mula blurr gak apa yang budak ni nak cakap sebenarnya kan tapi lepas tu baru paham. Oh, kau kata kat aku ye. Hampeh. Hampeh. Nak melawak la konon kan..kan.. Jahat kau kan.
Tak lama pastu jumpa lagi merak. Okey. Dan dia kembangkan kepak dia. Diulangi ye. Merak tu kembangkan kepak dia. Muahahahahaha.. Ambik kau. Dan beliau sangat semangat nak ambik gambar. Haa, rasa macam nak percaya pulak mitos encik ini. Hahahaha.. Saya tau korang baca dengan perasaan menyampah yang teramat sangat. *dush!
Ehem-ehem. Bukti merak ni kembangkan kepak dia. Haha..
Kepada anda semua, tolong lah jangan menyampah dan maap kan la budak si penulis entry ni sebab dia dah terlampau bosan sebab dah tak tahu nak buat apa. Jadi sekali sekala nak syok sendiri boleh kan? Nak harap orang puji memang tak ada la kan. Heee~
Note : Niat asal nak buat assignment tapi tak siap pun. Aish, loser sungguh.
No comments:
Post a Comment