Wednesday, January 5, 2011

.taman burung.

Tadaaa!

Hai semua! Kali ni saya nak cerita pasal cuti new year hari tu. Gila lembab kan minah ni baru sekarang nak cerita. Sadis. Sadis.

1/1/11 hari tu dah tak larat asyik nak pegi mall je setiap kali jumpa, encik askar pun nak tunaikan janji nak bawak patik pergi tempat-tempat yang seronok, menarik tertarik kau mmg the best.

Mula-mula nak pergi Taman Rama-rama, thanks kepada Wok sbb dah bagi idea bernas kau tu tapi oleh sebab beberapa sebab, tak jadi ke situ dan terus melencong pergi Taman Burung atau pun nama komersialnya KL Birk Park.

Tempat ni kat KL je, tak payah susah hati. Dah obvious la kan sebab nama pun KL Bird Park. Tempat ni kat Taman Tasik Perdana. Best gilaaaa beb! Kalau free datang la. Bawak sedara mara, orang kampung, ayam itik, kawan-kawan mahupun majikan.

Malas la nak taip panjang-panjang dan berjela-jela. Tengok gambar saje lah ye!

Muka jakun nak mampus sebab baru sampai.


Burung-burung ni diaorang bagi lepas je merata.
Apsal tengok burung tu macam tu pakcik? Cuak?


Ingatkan ade burung je kat sini. Tapi ikan pun ada.
Nape tak tukar nama jadi KL Bird & Fish Park?


World of Parrots.


ZzzzZZzzzz..


Apsal macam takut-takut je ni beb?
Alah, parrot je pun!

Waaa..gelojoh kau ye.


Orang cakap burung merak ni hanya kembangkan
kepak dia kalau dia rasa bersaing dengan benda-benda cantik.
Orang la cakap, bukan saya kan..kan.. *dush!


Otw nak pergi tengok bird show.


Photo shoot dengan burung-burung.
Tapi harga lain tau..tau.. Tak sekali dengan tiket masuk.
Kalau korang nak rasa pegang burung-burung ni, mai la sini okey.

Gambar memang banyak gila lagi tapi rasa macam over la kan nak sumbat semua kat sini. Apa-apa pun tempat ni memang best gilaaa. Rugi tau kalau tak datang.

Note : Tak payah susah-susah nak melancong pergi oversea. Kat Malaysia ni pun tak habis lawat lagi. =)

4 comments:

gEeHa said...

omaigod nyahhh!tak takut ke pegang burung2 tu?hahah

haNNa dOnaT said...

i like..mende paling cuak bile kene pgang burung...erkkk...xakan pegang dah...

ikA'z said...

jie : nyaaahhh, takut gilaaa tau..
tak nampak ke muka tu cover cuak je. haha..

ikA'z said...

hanna : cuak gila kan..kan..
tapi best!