Saturday, February 26, 2011

.we did it!.

Haiii!!!

Last Thursday hari tu, saya dan kawan-kawan seperjuangan (ecececeh!) sudah pun melaksanakan tanggungjawab kiteorg dengan menjadi peserta dancing competition even mula-mula rasa macam nak tarik diri.

Walaupun kaki-kaki dan tangan juga tulang temulang kami ini keras macam batang besi, akhirnya dapat jugak lah 3rd place. Hoyeh! Hoyeh! Okey lah tu. Kira berbaloi jugak la praktis malam-malam sampai awal pagi.

Kami menari lagu Hindustan, P Ramlee and lagu dari group Super Junior. Cewaaahh! Korea tuu. Ingat senang ke saya nak layan korea. Fuh, ni semua dancing punya pasal. =P

Malas nak menaip. Jom. Kita tengok gambar-gambar penari-penari tak professional tapi dapat no 3 ni. Hahaha...

Kegedikan itu perlu ada okey. =P

Haaa, yang ratu cantik ini pun dapat no 3 jugak.
Tahniah Kak Siti!


Group name : t'A d'S

Pose menggedik bersama manager-tak-berbayar.

Selipar-less. =P


Here it comes! Our trophy. Hoyeh!

We made it guys!

Finally, it's over! Tak payah la nak tergelek-gelek lagi tengah-tengah malam.

Happy. =)

Mula-mula pakai skirt sebab nak menari lagu hindustan lepas itu terus bertukar pakai seluar and sunglasses bagai sebab nak menari lagu P Ramlee. Macam international competition pulak rasa. =P

Whatever it is, I was having fun that night. I love you guys!

Note : Sekarang so addicted with purple color. Tapi layout purple tak banyak. Ini saja yang okey. Huuuu~

Wednesday, February 23, 2011

.mak oh mak.

Haiiii!!!

Jam : 12.30 malam.
Aktiviti : Sedang bergelek sakan dengan kawan-kawan.

Tiba-tiba dapat call dari mak. Tengah-tengah malam plak tu. Mau tak gelabah kan. Rupanya mak saya baru baca mesej saya sebab beliau baru je terjaga dari tidur.

Saya : Mak, kc tengah berlatih menari ni. Kan orang dapat masuk final. (dengan nada berlagak sambil tersengih-sengih.)

Mak : Aik, menari pulak dia. Menari lagu apa tu?

Saya : Lagu Hindustan. Hahahahaha... (ayat bajet penari pro.)

Mak : Haaa, bagus la tu.

Saya : Bagus? (tersengih-sengih sebab ingat mak menyokong sepenuhnya aktiviti menari tergelek-gelek ni.)

Mak : Yelaaa.. Bagus la. Heroin Hindustan yang menari tu kan kebanyakannya gemok-gemok.

Saya : *dush!

Dulu-dulu pun tak kurus jugak. =P

Sekian.

Note : Sangat tak best bila dah buat report pastu kena bebel sebab salah buat. Grrrrrr...

Sunday, February 20, 2011

.dancing competition.

Haii!!

Disebabkan perangai ke-mengada-ngadaan yang melampau, saya dengan excitednya mengajak kawan-kawan saya masuk dancing competition organized by Mahallah Safiyyah. Gila ah. Dulu last menari pun darjah 6 masa persembahan Hari Anugerah Cemerlang. Ce kira dah berapa tahun dah tu. Lamaa kan, kan..

Ada dua sebab kenapa saya nak masuk walaupun tahu yang badan, kaki dan tangan ni memang kejang dan keras macam kayu.

Satu : sebab nak tolong tambah participant yang memang macam kurang je kan. Dalam kata lain,nak tolong my friend yang jadi comittee untuk competition tu. Kira macam niat-murni-saling-bantu-mambantu-kawan la ni. Kang kalau tak ada participant kang susah la pulak kan.

Dua : sebab rasa macam "bila lagi aku nak join menda alah macam ni. Time belajar la kan. Kang kalau dah jadik mak-mak orang, tak ke burok beno rupenye tergelek-gelek kat atas pentas. Kang tak pasal-pasal anak malu nak mengaku mak."

Tapi di hari kejadian, terasa sangatlah malu nak pergi depan pentas itu sebab rasa macam nak malukan diri sendiri je. Tengok-tengok pulak ada Madam segala. Adoiiiii.. maluuuu nyah!

Tapi apa-apa pun, malam semalam memang enjoy sangat. Rasa malu tu pun dah hilang. Hahahahaha.. Dan berita tak menggembirakan : nanti kena lawan masa final. What the???? Malu lagi!

Penari-penari bersama manager-tak-berbayar.

Penari yang sangat tak pro.

Gila cuak campur malu masa ni. Rasa macam nak lari balik je.


Manager-tak-berbayar tengah sibuk siapkan penari. =P


. . . . . . . . . .


Sesi memperkenalkan diri.

My turn pulak.


Mari menari. Muahahahahaha...
Arghhhhhhhhhh!!!

Caption : Saya tak pandai menari.

Gedik tak? Gedik tak? =P

Muka-mintak-penyepak.

Harap-harap korang tak muntah darah la tengok gambar-gambar ni semua. Itu saja gambar yang boleh diupload. Kang kalau upload banyak-banyak kang free-free je aku kena lempang dengan budak penari lagi 3 orang tu.

Sekian.

Note : Hati sangat terluka. May I just remain silent?

Wednesday, February 16, 2011

.kita manusia biasa.

. . . . . .

Kita manusia biasa mesti akan buat silap. Tak kira la silap besar atau kecik. Dan kadang-kadang silap tu akan memakan diri kita sebab kita tak sedar yang kita tengah buat silap.

And as for me, I realize that. Saya sedar akan kesilapan tu. But sadly I can't handle my feeling. Oh, this thing really freak me out!

Kemaafan sudah dipinta. Janji sudah dibuat. Cuma nak tunaikan je janji tu. People would rather call me bitch if they know this. Please. Please. Please. Blame me. I know I'm quilty.

Janji saya. Saya akan hentikan semua ni. These feelings. It would never rise again. Promise.

Note : All da best kepada siapa2 yang dalam kemurungan menanti exam atau pun presentatuion. Chill ya!

Monday, February 14, 2011

.mahabbah day the great.

Haiii!!

Last Saturday, me and some of my close friends had a program which organized by SENDI  CLUB. This club is about mentoring primary school students, and I tell you what, it was fun!

The program which so called Mahabbah Day ini tersangat lah seronok sebab it was my first experience join as a commitee in such a big event. It involved 100++ students from 4 primary schools, teachers, and parents.

Gambar-gambar tak banyak sangat sebab sibuk-nak-mampus handle budak-budak sekolah yang comel-comel ni, so, tak banyak yang boleh di upload. Ini pun tak semua ada dalam gambar sebab masing-masing busy.

Bijak tak kami? Tutup muka orang belakang.
Skill muka-penuh-wajib-masuk-kamera.


Haus gila sampai tak mampu nak lepaskan straw walaupun tengah ambik gambar.

Okey. Masa ni kehausan sudah dapat diatasi.


Kami memang 'bagus'. Auuuwww!


Antara commitee yang ada.


Syafiqah, Abg Wan, Abg Saiful, Afiqah Zulkifli, Atien.


Okey. Tak ada caption untuk gambar gedik ini. =P

Sila tampar budak ini. Terima kasih.

Sekian sahaja untuk kali ini ye. Kuiz programming menanti and rasanya tak sanggup nak menghadap lagi dah menda alah Visual Basic tuh. Stress. Stress.

Note : Masalah hati bermula. Dan masalah yang ada jadi semakin bermasalah.

Thursday, February 10, 2011

.tiba-tiba kan.

Teringat kisah dulu...

Kisah 4 tahun lepas. Cerita yang pahit, payau, masam, kelat, semua-semua ada lah. Bila ingat-ingat balik, rasa macam bodooooh je.

Tak sangka kan, perit gila-gila la hati ni bila org yang kita sayang lukakan hati kita. Tapi yang lagi perit, kita masih sayangkan dia walaupun dia dah buat taik kat belakang kita. Demm! Bajet-bajet baguuuuus je.

Kau, kau. Kalau la kau baca entry aku yang ini, kau kena tau yang aku tarik balik kata-kata aku 4 tahun lepas. Kau pun tahu kata-kata yang mana kan. Boooo!

Lagu Putus by Melda Ahmad ni rasa macam sesuaaai je. Hehe.. Cuba korang tengok lirik ni, and lepas tu ape lagi. Dengar je terus lagu ni. Nice tau.


Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku

Tapi setelah kau pergi aku
Mendapat lebih baik darimu
Dia hargai aku
Dia sayangi aku
Lebih dari padamu

Aku ingin kau tahu
Betapa ku gembira
Tidak lagi bersamamu

Namun pastinya
Nanti kau akan sedari
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku

Kau, kau, kau. Thanks cause leaving me. Sebab you're not the right person for me. Tak sesuai okey. Pergi main jauh-jauh. I got a better one already. Ecececeh. Gedik.

Okey, I'm getting emosional pulak hari ini. Sorry guys. Cuma terasa nak luahkan ape yang ada dalam kepala otak ni. Okey, emosi kini stabil. =P

Kau doakan la aku gembira sampai bila-bila okey.

Sekian sahaja coretan merapu dari saya. Tata!

Note : Tak semua hubungan akan berjaya. Tak semua hubungan jugak tak akan berjaya. Just keep trying.

Wednesday, February 9, 2011

.mereka kawan baik saya.

Haiii!!

Cuti baru-baru ini macam apa je. Dah la banyak kerja, tak boleh nak merayap sakan sebab nak kena siapkan semua benda alah tu.

Dua tiga kali je dapat keluar, tu pun sebab nak ambik IC baru lepas tu system down dan kena pergi balik rumah. Tapi tak terus sampai rumah pun, melencong pulak pergi window shopping. Emmm...perempuaaaaan.

Malas la nak taip panjang-panjang. Assignment dan kuiz yang menanti-nanti ni memang mematikan mood sungguh la. Huh, I hate you all. Benci. Benci. Aauuuwww..

Tengok gambar je la ye. Masa outing dengan my besties masa cuti CNY hari tu. Mari. Mari.

Yes, they are great.
 
 
We've been friends since we're 7. Almost 16 years now.


Nama kami sama : Afiqah dan Atikah. =)

Bajet-bajet singa la ni. Tapi apsal macam tak jadi je?


Entah benda kejadah ape la yang aku pegang ni.


Oh, cermin ajaib. Boleh tolong tunjukkan siapakah yang paling cantik? Hahaha...


Miss them already. *sigh. 

Okey. Malas nak upload gambar banyak-banyak. Cukup-cukup la ye. Tata!

Note : Sayangilah kawan anda. Heee~