Haiiii!!
Korang, korang. Korang banyak nama panggilan tak? I mean, among your friends. Tambah-tambah yang nama panjang berjela sampai kena buat dua IC tu. Pergh, memang ribu-ribu la nickname korang kan.
Ceritanya begini ya adik-adik, makcik pokcik sekalian. Kawan-kawan sekolah dulu (campur semua sekali la sekolah rendah, menengah mahupun sekolah agama petang) panggil saya 'Pikah', tak pun 'Fiqah'. Okey, fine. Tak apa la kan. Panggilan normal.
Lepas habis je sekolah, dapat masuk PLKN. Kawan-kawan kat situ pulak panggil 'Iqah'. Hilang dah huruf F tu. Okey, fine. Masih normal lagi.
Lepas tu pulak dapat masuk UIA. Kawan-kawan kat sini pulak panggil 'Ika'. Aik, dah hilang pulak H kat belakang. Okey, fine. Normal lagi ni.
Begitu lah keadaan nickname tu sampai bertahun-tahun. So, kalau ada kawan mesej tapi tak save no phone dia, tengok je dia panggil apa. Kalau "Iqah, kat mane sekarang?". Haa, ini sah-sah kawan PLKN ini.
Nak jadik cerita, saya join Kelab Sendi (mentoring based-club pada yang tak tahu). Tak sangka pulak dekat dalam ini ada pulak budak yang diaorang panggil 'Ika'. So, untuk mudah kerja, ahli-ahli kelab ini panggil saya 'Fiqah'.
Mula-mula rasa ralat jugak la sebab bila orang panggil Fiqah, tercengang kejap. Lambat pulak nak loading. Tapi bila orang panggil budak Ika lagi sorang itu, saya pulak yang laju je mulut nak menjawab. Aish, silap la pulak.
Paling tensen kalau dalam meeting, ada yang tanya, "So Ika, ada apa-apa nak cakap?", mula la aku gelabah nak bukak mulut. Padahal diaorang tanya budak lain. Aduuh, tolong la jangan malukan diri sendiri.
Sekarang ini tengah pening-pening nak biasakan diri dengan panggilan baru. Dah rasa macam masuk sekolah balik pulak. Hadooooiii.
Sekian.
Note : Semakin hari semakin jauh.
4 comments:
haha...len kli cri nme yg xsme ngn org len....=)
lepas ni ak panggil ko dgn nama penuh..cik siti nurul afiqah huhu
moon : hahahaha... nk kena tukar nme la ni.
mun : ko panggil aku cik je. senang. hahaha...
Post a Comment