Tuesday, January 18, 2011

.kesalahan yang sama.

Haii!

Pelik. Kenapa manusia selalu buat kesalahan yang sama? Dah berkali-kali ingatkan, tapi, masih nak buat jugak.
Agaknya peringatan itu tak cukup keras kot.

Hari ini rasa gloomy sangat. Fikiran rasa berkecamuk. Macam-macam ada dalam otak sekarang. Fikir-fikir apa yang sepatutnya saya buat dalam masa-masa genting macam ini.

Otak tak habis berfikir, tapi hati suruh berhenti. Tapi fikiran memaksa buat keputusan. Tak sangka sampai macam ini seksanya bila kita dalam dilema.

"Kadang-kadang fikiran memaksa kita melepaskan sesuatu yang kita sayang, walaupun hati tak mengizinkan"

Saya sayangkan kehidupan saya sekarang. Saya sayangkan orang-orang yang sentiasa ada bila saya memerlukan. 

Tapi, kadang-kadang, hidup ini kejam. Paksa kita buat sesuatu walaupun hati ini berat nak luahkan.

Note : Dalam dilema yang tak tahu bila penghujungnya.

Monday, January 17, 2011

.riang-ria hari ahad.

Haiii!

Hari ini hari Isnin. So, semalam hari ahad kan..kan.. Betapa gumbiranya hati beta bila hari ahad semalam tak berlalu sia-sia je dengan aktiviti tidur dan makan yang berpanjangan.

Semalam saya join Induction Course untuk Kelab SENDI, start dari kul 8 pagi sampai 12 tengahari. Best gila dan happening sangat sebab mereka-mereka yang join tu semua sporting-sporting.

Macam-macam aktiviti ada, dan semua best-best. Congratulations to all committees. You've done a great job!

Break sekejap. Sebelum aktiviti seterusnya.



Antara yang hadir semalam.


My team. Merah. Merah. Merah.


Hoyeh! Hoyeh!


Semua yang ada. Happy gila lah!


Okey. Okey. Ni budak-budak senget tengah tunggu lunch.


Tak ada caption untuk ini.

Balik je dari program tu, terus pergi buat suprise untuk encik. Oh, I like! Okey, tata!

Note : Risau sebab mood nak buat assignment tak tiba-tiba lagi. Aiyoo..

Friday, January 14, 2011

.adat resam sesama manusia.

Haiii!

 Ini adalah luahan hati seorang sahabat perempuan.

Dah memang jadi adat kan dalam dunia manusia ni, berkali-kali kita buat baik kat orang, tak ada yang nak appreciate pun. Sampai ada yang lupa terus. 

Tapi, ironinya, bila sekali je kita buat salah, mula la nak terbawak-bawak sampai minggu depan, bulan depan, tahun depan, sampai kedepan-depan lah.

Sesetengah manusia memang macam ni kan? Agaknya mana la hilangnya sifat pemaaf diaorang tu. Kalau pun tak nak maap kan si polan tu, cuba la jaga aib dia.

Kalau kita jaga aib orang, insyaALLAH orang lain pun akan jaga aib kita. Lagi satu, sudah-sudah la dengan perangai mengungkit hal-hal lama ini. 

Kau kena tahu wahai sahabat yang aku sayang, walaupun orang lain tak tahu pasal kisah kita, aku tak nak dah kau ungkit semua tu. Aku mengaku, dulu aku bodoh, aku salah. Aku silap sangat-sangat. 

Kita kawan rapat. Jangan putuskan persahabatan kau dengan aku macam itu je. Kau kena tahu aku tak marah dengan kau. Tapi aku malu dengan aku sendiri. Aku ingat kau dah lupa. Tapi kau ungkit balik. Mungkin orang lain tak tahu, tapi kita berdua tahu.

Aku malu la. Selama ini aku boleh bergurau senda dengan kau sebab kau dah tak ungkit kisah lama. Tapi kenapa kau nak tanya balik kat aku pasal hal tu? Sudah la. Kita kawan kan? Boleh tak lepas ini jangan ungkit-ungkit dah pasal tu?

Aku sayang kau. Tapi sebagai kawan. Itu kau kena tahu. Aku dah ada kehidupan aku sendiri sekarang. Alhamdulillah. Buat masa sekarang, aku bahagia. Kau doakan aku okey. Kau kena tahu, kita sahabat sampai bila-bila. Janji.

Sometimes, 
we have to accept the fact that our life is not colourful anymore.
 It's now, black and white.

Note : Sedih dan kecewa. Ada la marah sikit-sikit. Rasa macam perbuatan dulu childish sangat.

Tuesday, January 11, 2011

.mitos yang diragui kesahihannya.

Haiiii!

Hari Selasa macam ni saya memang tak ada kelas dari pagi sampai petang. Malam saja yang ada. Itu pun kul 8.30-10pm. So, apa lagi, aktiviti masa lapang kan -blogwalking.

Pastu singgah la kat blog cik hanna ni, pastu terbaca la yang cik hanna ada komen pasal mitos saya pasal bila merak akan kembangkan kepak dia tu. Kalau nak tau yang mana,  tengok entry ini. Nak tau mana saya dapat mitos tu? Tak lain tak bukan mesti la dari encik askar.

Ceritanya macam ni. Time tengah jalan-jalan kat taman burung tu, ternampak la sekor merak ni tengah berlegar-legar kat taman tu. Pastu saya dengan excitednya mengarah beliau suruh ambik gambar sebab merak kan cantik kan..kan..

Tapi merak ni spoil la, payah jugak la nak bergambar dengan dia, kena kejar-kejar sikit sebab dia suka main lari-lari pastu yang lagi spoil, dia tak nak kembangkan kepak dia yang cun melecun tu.

Ni la merak yang bajet-bajet cun tak nak kembangkan kepak tu.

Pastu saya pun ada la tanya encik askar dengan perasaan kecewa yang agak menebal. "Kenapa ek merak ni tak nak kembangkan kepak dia? Dah tak cantik nak ambik gambar kan..kan.."

Pastu jawapan dia. "Oh, sebab merak ni dia just kembangkan kepak dia bila rasa nak bersaing dengan benda-benda cantik je. Kihkihkihkih.." Dan beliau senyum-senyum, ketawa-ketawa tanpa perasaan bersalah.

Mula-mula blurr gak apa yang budak ni nak cakap sebenarnya kan tapi lepas tu baru paham. Oh, kau kata kat aku ye. Hampeh. Hampeh. Nak melawak la konon kan..kan.. Jahat kau kan.

Tak lama pastu jumpa lagi merak. Okey. Dan dia kembangkan kepak dia. Diulangi ye. Merak tu kembangkan kepak dia. Muahahahahaha.. Ambik kau. Dan beliau sangat semangat nak ambik gambar. Haa, rasa macam nak percaya pulak mitos encik ini. Hahahaha.. Saya tau korang baca dengan perasaan menyampah yang teramat sangat. *dush!

Ehem-ehem. Bukti merak ni kembangkan kepak dia. Haha..
Kepada anda semua, tolong lah jangan menyampah dan maap kan la budak si penulis entry ni sebab dia dah terlampau bosan sebab dah tak tahu nak buat apa. Jadi sekali sekala nak syok sendiri boleh kan? Nak harap orang puji memang tak ada la kan. Heee~
Note : Niat asal nak buat assignment tapi tak siap pun. Aish, loser sungguh.


Monday, January 10, 2011

.aku tak pedulik dah ape kau nak buat.

Haiii!

Tajuk macam tengah bengang dengan orang je kan. Memang pun. Tapi tak boleh cerita kat sini. Tak elok.

Hari tu kan, bila saya dah habis jalan-jalan pusing-pusing melilau-melilau kan, so, niat di hati nak balik terus ke UIA. Malas nak jalan lama-lama. Ceh, ayat bajet baik la kan. Bila tengah baris nak beli tiket LRT tu, ada la sorang minah salleh dengan sorang mamat chinese ni tengah baris belakang saya.

Rasanye minah salleh ni tourist kot. Pastu dia cerita la kat si mamat ni yang ada sorang makcik Malaysian ni cakap rambut dia macam ape benda ntah. Kira macam mengata la rambut dia tu. Tapi rambut minah ni memang tak semenggah pun. Macam ala-ala tak sikat. Tapi tu stail kat negara dia agaknya.

Pastu minah ni pun cakap la kat Chinese tu yang makcik sorang ni rude. Pastu si mamat ni cakap, "I try not to talk about other people even I dont like them."

Haa, ambik kau sebijik! Gila bagus mamat ni. Tak cakap pasal orang lain. Kalau saya la tak suka orang tu, memang sumpah seranah habis, maki-maki, macam la budak tu dengar kan.

Nak jadi cerita, memang ada seorang budak ni, tak la budak sangat sebab umur pun kurang lebih je, memang continuously buat saya sakit hati. Tak tahu la pulak kalau tak sengaja ke, atau sengaja-sengaja kan. Tapi memeng panassss je hati kalau budak ni buat perangai.

Lepas tu memang encik askar la jadi pendengar setia saya. Cerita itu ini, tak puas hati sana sini dengan budak ni. Nak marah budak ni depan-depan, macam over-sangat la kan.

Pastu bila dengar mamat Chinese ni cakap macam tu, saya terfikir. Buat apa nak susah-susah hati buang air liur cakap dan cerita pasal budak ni kat orang. Biarkan saja dia.

Agaknya budak ni memang bahagia menyakitkan hati orang. Biarkan. Aku tak kacau hidup kau, tapi klau kau nak kacau hidup aku, ikut suka hati.

Lepas ni malas dah nak ambik port. Tak beri kesan dah kekacauan kau tu dalam hidup aku okey.

Nak jadi macam mamat chinese tu jugak. Tak nak dah cakap pasal kau dah. Tak nak pedulik dah kau nak sakitkan hati aku ke, ape ke. Aku cooool saja. Okey.

Note : Dah berazam nak perbaiki sikit perangai yang kurang elok ni. Heee~

Thursday, January 6, 2011

.tercapainya satu impian kecik.

Hai guys!

Ingat tak dulu saya pernah post entry yang ini. Haa..time ni kan saya pernah cakap yang saya teringin sangat nak pergi Taman Layang-layang kan. Itu lah impian kecik hamba. Sebab taman ni pun jarak nya dari UIA sekangkang cipanzi je. Kalau nak pergi Maldives ke, Australia ke, baru lah namanya impian besar.

So, hari Ahad lepas dah pun pergi sana. Dengan my ex-roomates. Bawak sekali sandwich, air, roti, beli nasi lemak, keropok lekor, nugget. Haa..amek kau. Masing-masing nak tambahkan lemak-lemak yang dah sedia melekat.

Ingatkan nak la ambik gambar banyak-banyak kan. Tapi spoil laa.. Bateri kamera habis pulak. Aiseh! Sedih sungguh la. Mai la tengok gambar yang sempat kitaorang snap. Mari. Mari.


Sampai-sampai je terus breakfast. 


Okey nyaahh. Kat sini semua memang kaki lahap.


Hoyeh. Hoyeh. Dapat main buih-buih. Ahaks. *dush!


Okey, fine. Aku sorang je penat tiup. Korang main buih je ek.


She looks nice on skirt.


Oh, kanak-kanak bermasalah.


Ada budak ni cakap tasik ni 'pantai'. Haha..


Oh, I love you guys!

Oppss! Okey-okey. Overexpossed.

Lalalalalalala.

Itu lah saja antara gambar-gambar yang sempat kitaorg ambik. Tak banyak sangat tapi yang penting best. Sebab memang dah lama gila tak keluar ramai-ramai dengan diaorang semua. Seronok!

Note: Masih tak ada azam 2011. Nak kena pikir cepat-cepat ni. Hehe..