Saturday, May 14, 2011

.cabaran.

Haiii!!!
Petang tadi baru je habis Program Dynamic Mentoring 3 anjuran Kelab Sendi. Kelab Sendi ni mentoring-based club. So, kami semua kena jadi mentor untuk adik-adik sekolah rendah. Ajar diaorang pasal sahsiah, bagi motivasi sikit-sikit and include jugak pasal pembelajaran.

Seriusly memang penat gila tadi even program ni setengah hari je. Tak macam DM 1 & 2, saya jadik mentor untuk adik-adik comel ni. Tapi this time kena jadik committee untuk catering. Banyak sangat cabaran-cabaran bila jadi Biro Catering ni. Pada siapa siapa yang pernah jadi Biro ni, rasenye korang pun setuju kot.

Jom kita senaraikan apa yang mencabar sangat bila jadik Biro Catering ni.
  1. Semua orang request nak makanan sedap-sedap tapi  budget ciput je. Bila makanan tu ala kadar je, mula la ada je yang nak complain. Masa ni nampak sangat macam Catering tak buat kerja sungguh-sungguh. Kalau nak makan sedap-sedap, sila la tolong cari sponsor. Masa tu kalau nak makan macam ala carte pun boleh tau.

  2. Masa orang lain tengah syok buat program dalam dewan, kita bertungkus lumus kat luar susun makanan, air, cawan, sekali dengan makanan VIP. Berpeluh-peluh angkut bekas air, angkut berbungkus-bungkus nasi, set up meja VIP dengan pantas nye. Orang lain sedap-sedap duduk dalam aircornd, kita kat luar peluh kat ketiak tak payah nak cakap la kan, kalau boleh perah, dah satu besen agak nye.

  3. Makanan untuk VIP nak kena gempak. Nak sedap-sedap. Meja pun nak kena kemas. Mesti nampak perfect. Tapi ada jugak VIP yang tak nak makan pun. Masa tu rasa macam panas jugak la, tapi nak buat macam mana, tak kan nak paksa pulak kan. Sabo je laa.

  4. Bila tempah makanan macam ayam masak merah, masa tu budak-budak complain makanan tu pedas. Masa ni nampak lagi macam catering yang salah. Yelaa, makanan mana boleh terkurang sedap sikit pun. Nanti ada perut yang tak dapat terima. Kalau pedas sangat, ada yang tak boleh makan. Kalau tak pedas pulak, ada pulak yang rasa macam makanan tu tak 'berasa' sangat. Sabar. Sabar.

  5. Last sekali, bila program dah habis dan semua orang sibuk nak balik, kita still tak siap lagi kerja. Nak susun balik pinggan, cawan, mangkuk, sekali nak kemas meja lagi. Sisa-sisa makanan tu pulak nak kena buang elok-elok, jangan bagi berselerak. Meja nak kena kemas, kalau ada air tertumpah atas meja, kena lap balik bagi bersih. Kalau budak-budak yang bagi tumpah air atau makanan tak pe la, boleh terima lagi. tapi kalau akak abang yang dah tua tu bagi tumpah tapi tak reti nak lap balik tu apa cerita?
Actually, kalau jadi biro apa pun, mesti akan ada cabaran nye, cuma berbeza je. Tapi sebenar nye benda macam ni la yang bagus. Kita ada pengalaman melayan kerenah macam-macam orang, berusaha untuk puaskan hati semua orang, dan yang paling penting, relationship kita dengan kawan-kawan become stronger sebab masing-masing saling bantu siapa yang tengah susah.

And for me, rasa bersyukur sangat tadi dapat partner Catering yang sangat helpful, dan ada jugak committee yang tak ada kaitan dengan Catering pun tolong bantu dari mula sampai habis. Serius rasa bertuah sangat dapat committee macam diaorang. Thanks korang. =)

Sekian.
Note : Penat sangaaaaaaaat.

No comments: