Saturday, October 30, 2010

.yes. it hurts.


IT HURTS.

Yes. Hati ni pedih. Sakit. Sedih. Kecewa.
Asyik masalah yang sama.

Semua yang dah diplan, tak menjadi.

Sudah la. I feel like a fool. 

Tolong jgn buat lagi.

Boleh tak?

Please.

Lain kali nak buat lagi?

Okey. Up to you.

I'm tired. 

Saya dah penat mencuba.


Note : Bila tension, rase mcm nak mkn banyak2. Jom. Kita makan!

Thursday, October 21, 2010

.birthday girl.

Cakk!!!

Hai peeps! Yeay! Hari ni besday saya. Alhamdulillah. Finally, umur saya dah cukup 21 thn. Nasib baik muda lagi. Hehe...

1st person yg wish ialah mak tercinta,
"Happy birthday..gud luck..saayang anak mak..miss u.."

Waa...touching gile dapat mesej dari mak even mak wish ptg semalam. Awal sungguh mak bersiap sedia ek? Hehehe.. Pastu saya cakap la,
" Birthday kc esok la mak. Hehehe.."

Then mak cakap,
"Mak saje wish awal2...takut terlupe...klu mak tak wish, nanti kc merajuk."

*Dush!! Kan dah kene sebijik. Tu lah, kuat merajuk sgt. Tapi ape2 pun, saya saayang mak saya! Dan ayah saya jugak! Hee...

Untuk kawan2, sahabat2, rakan2 & member2 saya, thanks for all your wishes samada dlm fesbuk, mahupun di talipon. Hee... Sayang korang tau! =)

Finally, untuk En.Hifzan, time kaseh banyak2 untuk birthday wish yang awak bagi semalam & hadiah tu. Saya suke sgt lagu dan gitar yang awak nyanyi mlm tadi. Touching tau. Heee... =)


Saya sayang bebear saya. =)

Note : Nak sambut birthday tapi tak tau la kat mne. Ish3...

Wednesday, October 13, 2010

.cabaran & dugaan.

Hai peeps! Just now me and my classmate baru je balik dari Sek. Men. Keb. Teknik Gombak. Alaa... yang jarak nye seciput je dari UIA tu. Heee...

Kami pergi sana sbb nak completekan a task yg memerlukan kteorg interview cikgu2 sekolah menengah.

So, kami buat appointment and akhirnye dpt buat hari ni. Bile pergi sekolah tu & after interview cikgu kat situ, something crossed my mind.

"Am I ready to become a teacher?"

Yelaaa.. Dah la ilmu di kepala seciput je. Hadoiii... Nervous je bile dgr cikgu2 tu bercerita tadi.
Nasihat mereka tadi,

"Yang penting hati kite mmg ikhlas nak mendidik, bukan semata2 sebab dapat gaji bulan2, atau sbb dah tak de kerja lain. Kalau nak jadi cikgu, minat tu mesti ade. Sebab bukan semua org boleh jadi cikgu"

Fuh, risau plak rasenye. Ilmu masih tak cukup, sahsiah masih tak sempurna. Hmmm...


Dah selesai keje meng-interview cikgu.


Pergi dgn syafiqah.


Gambar jarak dekat plak. Heee...

So, dalam perjalanan balik, (kami pergi naik teksi but balik jalan kaki sbb dekat sgt2, mcm mengada2 je naik teksi kan) as usual, saya sgt2 tertarik dgn landskap kat UIA ni. Let's take a look!


Air terjun UIA yg tak berapa nak tinggi. Hehehe...


Zoom in..


Bunga ni sgt attractive. Heee..

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Tata. Titi. Tutu...


Note : Satu masalah dah selesai. Yang lain2 plak menanti. Adeh!




Thursday, September 30, 2010

.belajar. pembelajaran. mengajar.

Tahniah Cik Ika sbb tajuk kat atas langsung tak menarik & tak de kene mengena dgn ape yg nak di tulis. Tahniah2.

Sebenarnye baru je lepas print assignment. Even tak berapa nak puas hati, tapi redha je la sbb dah tak tahu lah nak edit mcm mane lagi. Sob sob sob. Lepas ni kena mode study pulak. Exam dah dekat. Ecececeh.. Study ke?? *dush. Mengade-ngade.

Entah ape la nak merepek kerepek kat sini kan? Tak pe. Tak pe. Korang tengak je la gambar2 yg diambik dlm mase terdekat ni. Tengok ye. Mari. Mari.

1. Kelas digital photography


Kononnya nak buat front lighting. Langsung tak jadi. Sangat mengada-ngada.


Tahi burung pun salah satu subjek seni kan? Heee..


View kat belakang INSTEAD after hujan.


Dr. Kamal suruh ambik gamba lain, lain pulak jadinye. =P


Logo UIA & INSTEAD department.


2. Rombongan SK Beseri ke UIA.



Sebelum bawak diaorg jalan2, kena breakfast dulu.


Sambal is my favourite. Yummy!

3. Jamuan Hari Raya-Mahallah Zubair, Ali & Safiyyah.

Antara org terawal yg sampai. Bile nak makan makanan free, mmg excited.

Kena pakai bracelet kertas ni dulu baru bole datang. =P

Gamba ni mmg mengada-ngada. Saya tahu.

*Konpem 2 org ni mengamuk tgk saya upload pic diaorg kat sini. Kihkihkih...

Lagi 1 gambar mengada. 

Landskap UIA cantik kan?

Sekian sahaja karutan saya pada hari ini. Terima kasih.

Note : Teringin nak photoshoot kat pantai pulak. Hehehe.. Gedik.

Tuesday, September 28, 2010

.sgt tak puas hati.

Currently not in a good mood. Nak tau kenape? Sbb 2 org. 2 org yg sgt menyakitkan hati.

Pagi tadi ade presentation. This week is a hectic week for me as I have assignments and video submission, presentation, and also mid term exam.

Bayangkan betapa penatnye badan ni sbb tak cukup tido nak siapkan segala mende ni. Ada 1 hari tu dpt tido 2 jam je. Sangat penat. Tak tau lah cmne nak explain penat tu cmne.

Tapi yg paling menyakitkan hati sbb ade seseorg tuh dah la buat keje main lepas tgn je, part dye kiteorg yg tlg buatkan. Tapi tibe2 dia yg dpt pujian dari lecturer. Kalau korang la kat tempat saya & kawan2 (yg buat keje la), ape yg korang rase? Panas gila hati. Kan?

Bukan panas hati kat lecturer, tapi panas hati kat budak tuh. Bengang betul rasenye. Agak2 la, kiteorg pon ade keje jugak. Ade assignments jugak yg nak kene submit. Bukan awak sorang. Tapi jgn la busy sampai lupe tanggungjawab sendiri.

Geram betul la. Rase mcm nak menangis je dgr komen2 dr lecturer tadi. It was my worst presentation. =(

Dan, bile saya cerita masalah tu kat seorang ni, mula2 dia cakap elok2. Bagi kata2 yg agak memberangsangkan jugak la.

But then, entah kenape, dia bole plak ketawa2, buat lawak yg tak lawak pon. Agak2 la weh. Orang tgh tensen, sedih, & marah, tlg la jge hati org ckit. Rase cam nak lempang pon ade. Huh!

Menyesal mengadu. And org tu mmg tak pandai jge perasaan org. Hate this!!

Monday, September 20, 2010

.pulang ke UIA.

Fuh, seronok sgt rasenye dpt beraya puas2. Hehe. Tapi bile mengenangkan nak kene balik UIA, oh, alangkah malasnyee. Huhu.. Time raya hari tu, punye la beraya sakan sampai lupe yg lepas balik cuti ni, ade exam yg menanti. Satu nota pon tak siap, and tak study mende pon. Tahniah2. Ko mmg student berjaya Ika. *sigh.

Punye la mals nak balik UIA, sampai packing baju pon kul 1.30 pgi. Padahal ahad tu kete nak bertolak kul 10 pgi. Haa.. tido lambat lagi mlm tuh. Nasib baik la Cik Ika yang tak reti bangun pagi ni berjaya gak bangun kul 9 pgi, then mandi2 and terus bertolak. Kih kih kih.. Bangga gile sbb dah pandai bangun awal pagi.

Sampai je UIA, kawan dah ingatkan pasal assignments la, exam la. Arghhhhh!! Stress. Stress. Rasa cam nak cabut lari je.

Pastu tgk plak jadual final exam. Mak aii.. Berturut hari jugak. Adeh! Stress lagi. Huh.

Okey2. Enough. Dah malas nak merepek kat sini. Buku kat ats meja dah menanti. Selamat tinggal blog. Tunggu kedatangan kekasihmu ini wahai buku. (Bluwekk!)

Note: Seronok rasenye dapat jauhkan diri dr dunia siber untuk 2 minggu. Aman je hidup.