Tuesday, April 5, 2011

.i'll always miss her.

Dukacita dimaklumkan..

My sweet adorable Lily dah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Uhuk uhuk. My turtoise betina dah mati 2 hari lepas.

Seriously, memang sedih gila. Bengkak jugak la mata meraung. Rasa macam loser gila. Tak pandai nak jaga budak kecik yang comel tu.

Actually, Lily memang dah sakit. Tapi tak sangka la sampai bawak maut kan. Makan pun tak lalu. Asyik tidur je. Mata dia bengkak, shell dia pulak lembik. Kesian sangat.

Waktu kebumikan dia, bawak Totty sekali, suruh dia tengok Lily buat kali terakhir. Tapi kesian Totty, dia jadi tak tentu arah sebab dah hilang kawan. =(

To Syafiqah and Mardhihah, thanks for everything. Kalau korang tak ada, mungkin aku tak sanggup nak tanam Lily tu. Tadi baru ziarah kubur Lily. Sedih tau. Huuuu~

And for my secret bestfriend, thanks jugak. Nasihat anda menenangkan. =)


Lily & Totty. I'll miss her.
Note : Saya dah buat keputusan. Awak?

Friday, April 1, 2011

.saya harap, saya harap.

Sila baca dengan nada penuh pengharapan, eh, mengharap.

Saya harap saya tak payah susah susah masuk universiti untuk dapat kerja. Keluar je dari perut  mak, terus dapat offer letter jadik Cikgu.

Saya harap saya tak perlu belajar rajin rajin nak jadi pandai. Dengar lecture sekali je terus paham lepas itu ingat sampai tua sementara tak nyanyuk lagi.

Saya harap saya otak saya sangat superb, tak payah salin nota, tak payah buat latihan banyak banyak. Semua dalam kepala otak. Bila nak exam, tak payah susah susah nak study.

Saya harap semua universiti akan mansuhkan segala jenis exam, kuiz, assignment dan yang sewaktu dengannya. Sebab kesian kat lecturer nak kena tanda paper banyak banyak. See, kami sayang tau lecturer kami. Tak nak diaorang susah-susah.

Dan kalau universiti tetap nak buat exam, saya harap gap antara subjek biarlah seminggu sekali. Tak payah susah susah nak perah otak, balik je exam, terus menghadap nota nak study untuk exam satu lagi.

Dan..

Saya harap anda cepat sepak saya laju-laju dan jerit kat telinga suruh study sebab tahap kemalasan dah capai tahap maksimum.

Pangg!!

Okey. Dah sepak diri sendiri. Jom study!

Note : Merepek kerana stress. Arghhhhh!!!

Monday, March 28, 2011

.aaaahhh, kecewa tau.

Haii!!!

Semalam hari Ahad. Sepatutnye hari untuk bergumbira. Ye, gumbira. Tapi rasa lagi serabut sebab plan asal nak meronggeng tak menjadi. Okey, fine! Marah tau.

Nak pergi Taman Rama-rama, Taman Kancil & Rusa, Taman Orkid, Taman Bunga Raya. Semua tak menjadi. Aaaahhh, benci. Lepas ini kena bawak jugak. Huh.

Nak cari kalsium untuk my babies pun tak jadi. Eeee... sabo je la. Tapi lepas itu decide nak merayap sendiri, tapi lepas itu ada orang nak tolong teman. Oh, terima kasih.

Bila dah dapat merayap, semua serabut-serabut hilang sekejap. Fuhh, legaaa.. Mari layan gambar.


Gambar gedik pembuka bicara. *dush!


Tukang teman.


Sila lempang sekuat hati anda.


Jom terbang. Fiu.. fiu.. fiu..


Tukang teman lagi.


I love it.

Okey. Sekian. Walaupun tak dapat pergi tempat lain, dapat merayap pergi Wangsa Walk pun jadi laa. Layaaan. =)


Hey, I still hold the promise. =)

Note : Sudah beli kalsium untuk mereka. =)

Saturday, March 26, 2011

.a piece.

. . . . . . . 






Note : Please don't make promises if you plan to break it.

Thursday, March 24, 2011

.down gila.

. . . . . . .

Final exam tadi : Answer 20 subjective questions in 1 hour and 30 minutes time.

Rasa macam nak gila menulis. Memang la bukan soalan essay, tapi soalan subjective pun sangat memerlukan pemikiran yang pantas kan? Tambah-tambah kalau masa sekejap sangat macam tadi.

Paling sedih, tak sempat nak jawab sebenarnya. Tak sempat nak check balik jawapan. Jawab pun pakai relevan pada otak sendiri je.

Seriously, rasa macam down gila. Setiap sem, mesti ade je killer subject. Tapi sem ini, killer subjectS okey. Bukan satu, tapi dua, tiga, dan seterusnya.

Aaaaaaaaaahhhhhhhhh! Strees okey!



Note : I need you, but I can't have you.

.manusia.

Selamat pagi.

Manusia. Hanya akan tahu menghargai sesuatu kalau dia dah hilang benda itu. Masa itu baru lah sibuk nak menyesal dan terhegeh-hegeh mencari.

Luka itu mungkin sudah sembuh, tapi parutnya tetap ada.

Note : Membawa diri.