Friday, April 1, 2011

.saya harap, saya harap.

Sila baca dengan nada penuh pengharapan, eh, mengharap.

Saya harap saya tak payah susah susah masuk universiti untuk dapat kerja. Keluar je dari perut  mak, terus dapat offer letter jadik Cikgu.

Saya harap saya tak perlu belajar rajin rajin nak jadi pandai. Dengar lecture sekali je terus paham lepas itu ingat sampai tua sementara tak nyanyuk lagi.

Saya harap saya otak saya sangat superb, tak payah salin nota, tak payah buat latihan banyak banyak. Semua dalam kepala otak. Bila nak exam, tak payah susah susah nak study.

Saya harap semua universiti akan mansuhkan segala jenis exam, kuiz, assignment dan yang sewaktu dengannya. Sebab kesian kat lecturer nak kena tanda paper banyak banyak. See, kami sayang tau lecturer kami. Tak nak diaorang susah-susah.

Dan kalau universiti tetap nak buat exam, saya harap gap antara subjek biarlah seminggu sekali. Tak payah susah susah nak perah otak, balik je exam, terus menghadap nota nak study untuk exam satu lagi.

Dan..

Saya harap anda cepat sepak saya laju-laju dan jerit kat telinga suruh study sebab tahap kemalasan dah capai tahap maksimum.

Pangg!!

Okey. Dah sepak diri sendiri. Jom study!

Note : Merepek kerana stress. Arghhhhh!!!

No comments: