Sunday, April 10, 2011

.jalan jalan.

Haiiii!!!

Baru baru ini pergi la jalan jalan nak release tension bersengkang mata study untuk exam. Lepas itu tujuan utama sebab nak lepas rindu cari kawan untuk Totty saya. Sebab Lily dah tak de, takkan nak biarkan Totty jadik duda kan. So, kena la remarried kan dia.

Jauh jugak la pergi sampai PWTC sebab kawan encik cakap kat situ ade kedai pet. Tapi cakap kawan dia  tu macam hampeh je. Tak ada pun kedai pet kat situ. Eeeeiii, sabo je la.

Last-last decide nak pergi Midvalley je, pergi Pet Wonderlands cari turtoise kat situ. Disebabkan kiteorang tak suka pergi Midvalley, so, tempat tu la last choice. Pergi pun sebab terpaksa. Sebab dulu pun beli Totty and Lily kat situ.

Pet Wonderland memang best. Rambang mata tengok binatang semua tau. Katak pun ada jual. Harga : RM150. Kalau ada siapa siapa yang rasa diri dah kaya sampai tak tahu dah nak beli ape, sila pergi beli katak kat situ ye.

Tapi malangnye, turtoise kat situ dah habis. Air anti-klorin pun dah tak banyak choice. Hadoiii, kesian Totty. Keseorangan lagi.

Ini Pet Wonderland, mari datang. Best woo..


Aaahh, kecewa, kecewa. Turtoise dah habis.

Tak apa la, kura kura tua ni kan ada. Haha.. =P

Sekian.

Note : Jom rajinkan diri study!

No comments: