Tuesday, March 1, 2011

.sikap lelaki. ececeh!

Haiiii!!!

Hari ini one whole day saya tak ada kelas. So, selain menghabiskan masa dengan tidur, saya pun cuba-cuba nak khatamkan buku motivasi psikologi yang saya beli kat MPH. *serius buku-buku motivasi kat sana best gila and banyak choice. Sila pergi langgan. 

Buku ini dah sebulan beli tapi sebab busy-nak-mampus, terpaksa posponed dulu baca menda alah ni. Then, ada one topic yang really gain my attention. Tajuk : Rahsia Bahasa Tubuh. Jengg jengg jengg! Tajuk gedik macam ni memang aku paling suka baca. =P

Content buku ni dia ambik dari penulis Steve Nakamoto, penulis Men Are Like Fish : What Every Woman Needs to Know About Catching A Man. Dia tulis macam mana kita nak kenal sikap sebenar lelaki melalui perwatakan dia. Nak tau? Jomm!!

Letak gambar dulu. Ambik feel. Hahaha...

1) Bersukan bersendirian.
~ Dalam bahasa kasar,lelaki yang suka sukan sorang-sorang macam  dah tak ada kawan. Jenis yang ini adalah orang yang suka bangga-bangga dengan diri sendiri dan lagi suka luangkan masa sorang-sorang dalam masa yang agak lama. Haishhh, kesian awek dia.

2) Bersukan secara berkumpulan.
~ Orang yang macam ni biasa yang main bola keranjang atau bola sepak. Lelaki macam ni biasa sukakan persaingan dan biasanya suka bergantung pada kawan-kawan sekelilingnya. Ye ke?

3) Tak suka bersukan.
~ Haaa, lelaki macam ini memang pelik sikit sebab jarang orang lelaki ini tak suka sukan. Dan dalam buku ini cakap, diaorang ini lebih suka bab fikir-memikir and agak sensitif. Sensitif? Tak suka bersukan? Opsss!

4) Setia bersahabat.
~ Kalau lelaki ini still berkawan dengan kawan dia yang 10 tahun lepas lepas, kira dia ini jenis yang sangat setia. Auuuwww! Tapi mungkin jugak dia ini jenis orang yang tak suka kan perubahan. Ooo,kira kalau awek kau tembam mambam tapi dia nak kurus, kau tak suka la kan? Haa, nak kena cari laki macam ni la!

5) Suka guna kad kredit.
~ Orang yang bercita-cita tinggi and percaya pada diri sendiri. Lelaki jenis yang macam ini akan pastikan setiap matlamat dan impian dia akan tercapai. Perghh. Baguss.

6) Suka guna duit tunai.
~ Yang ini pulak jenis yakin dengan diri sendiri dan lagi suka hidup berdikari. Kira macam tak main lah nak bergantung kat orang lain ni. Tak macho la brader.

Okey. Sudah habis. Teeett. Heee.. Actually banyak lagi tapi memang malas gila nak taip. Ambik yang mana rasa macam interesting je.

Tapi jangan la percaya kat buku ini seratus peratus pulak kan. Kalau kita nak kenal betul-betul hati budi orang tu, berkawan lah dengan dia baik-baik. Jangan nak observe sendirik-sendirik ye.
Sekian.

Note : Lepas ini nak tambah lagi satu koleksi buku motivasi. Oh, I like! =)

No comments: